SELEPAS tiga tahun, SinarPlus yang merupakan sisipan segmen gaya hidup akhbar Sinar Ahad kini dalam proses penjenamaan semula.
Eksekutif Editor Gaya Hidup & Hiburan, Meen Tahrin berkata, SinarPlus yang boleh didapati dalam bentuk akhbar dan online akan lebih memfokuskan kepada hal ehwal wanita dari pelbagai sudut.
"Pendekatan itu bersesuaian dalam misi mempelbagaikan konten dalam akhbar Sinar Harian dan Sinar Ahad yang kini menjadi pilihan utama pembaca di Malaysia.
"Seperti semua sedia maklum, pembaca akhbar ini rata-ratanya terdiri daripada kaum lelaki. Dengan wujudnya SinarPlus, ia dipercayai dapat mendampingi dan menawan hati kaum Hawa.
VERSI CETAK DAN DIGITAL
"Proses yang dilaksanakan itu juga dilihat sejajar dengan matlamat besar Sinar Harian untuk menjadi media berbahasa Melayu nombor satu di negara ini sama ada dalam versi bercetak dan digital,” katanya ditemui pada Jumaat.
Baca ni SinarPlus anjur peraduan ‘Live Your Life’ sempena ulang tahun ke-3, tawar hadiah menarik
Memperincikan lebih lanjut, Meen berkata, pada setiap minggu SinarPlus akan tampil mengetengahkan beberapa segmen menarik.
[caption id="attachment_106918" width="629"] Antara contoh penghias muka depan SinarPlus.[/caption]
Antaranya seperti isu kesihatan, kekeluargaan, pelancongan, kecantikan, dekorasi, produk kecantikan, fesyen terkini, turbo, teknologi, personaliti atau idola ramai termasuk destinasi makan serta kisah inspirasi wanita.
"Kami juga mempunyai program bual bicara, Borak Bibir Merah yang mengangkat tentang isu wanita dan Doktor dan Anda (DNA) (mengupas hal kesihatan) serta program Cerita Orang Kita. Interaksi dua hal ini dilaksanakan bagi memastikan konsep kewanitaan dapat diterjemahkan dengan lebih baik.
Transisi itu juga menyaksikan SinarPlus menukar paparan laman web dan sisipan kepada rona merah jambu berbanding warna biru sebelum ini.
30 PEMENANG
Serentak dengan itu, SinarPlus juga menganjurkan peraduan Live Your Life yang sudah bermula pada 2 Februari lalu dan akan berakhir pada Isnin ini.
Menerusi peraduan berkenaan, seramai 30 pemenang bertuah akan dipilih, sekali gus berpeluang untuk bersama-sama menyemarakkan sambutan ulang tahun.
Cara untuk menyertai pertandingan tersebut cukup mudah. Orang ramai hanya perlu memuat naik gambar atau video aktiviti harian seperti bersukan, membeli- belah, memasak dan lain-lain di akaun Instagram SinarPlus.
Nyatakan kapsyen mengapa ingin menyertai sambutan ulang tahun SinarPlus Live Your Life di District 21, kemudian tag kepada tiga orang rakan yang ingin dibawa bersama.
Baca ni Syahirah Vitalis pikat pelajar, penuntut IPT akui penampilan lebih sempurna dan meyakinkan
Untuk mendasari inti pati SinarPlus lebih lanjut, layari sinarplus.sinarharian.com.my.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi