PRASEKOLAH di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) salah satu yang mendapat perhatian ibu bapa.
Prasekolah ini banyak kelebihannya. Selain pendidikan awal percuma, penulis pun perasan ada beberapa anak buah bersekolah prasekolah mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah apabila memasuki Darjah Satu.
Baca juga: [VIDEO] Istimewa kanak-kanak lahir 1 Januari, perlu daftar sekolah setahun lebih awal
Sebenarnya Program Prasekolah KPM ini sudah lama. Diluluskan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991 dan ia diperluaskan di seluruh negara secara berperingkat-peringkat bermula tahun 2002.
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) memperuntukkan Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Melalui Dasar Pendidikan Prasekolah, KPM bertanggungjawab memberikan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun.
Baca juga: Masuk Darjah Satu, mak ayah pastikan anak boleh buat 11 perkara ini baru mudah
[caption id="attachment_95335" width="768"] Gambar hiasan.[/caption]
Objektif utamanya ialah menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara empat hingga enam tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
Bagi anda memiliki anak yang lahir 2 Januari 2018 hingga 15 Januari 2020 jangan lepaskan peluang untuk membuat permohonan untuk anak masing-masing bermula 1 Mac hingga 30 April 2023.
Guru prasekolah, Cikgu Yasmin berkongsi tentang pendaftaran kemasukan Prasekolah KPM yang bakal dibuka tidak lama lagi.
[caption id="attachment_107099" width="475"] Tangkap layar TikTok Cikgu Yasmin.[/caption]
Berikut 10 fakta SinarPlus kongsikan bagi memudahkan para ibu memohon:
1-Bagi melancarkan permohonan, ibu bapa atau penjaga dinasihatkan untuk menggunakan web browser Google Chrome.
3-Bagi permohonan atas talian, selepas permohonan dihantar perlu cetak borang permohonan berkenaan dan hantar ke sekolah yang dimohon bersama dokumen yang diminta.
4-Tarikh permohonan secara dalam talian ialah bermula 1 Mac 2023 hingga 30 April 2023
5-Permohonan secara manual melalui sekolah boleh dibuat dari 1 Mac sehingga 31 Mei 2023
6-Untuk memohon, kanak-kanak mestilah warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 15 Januari 2020.
7-Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu pilihan sekolah sahaja.
8-Pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah melalui Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah dan keputusan adalah muktamad.
10-Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh dua minggu selepas keputusan diumumkan.
[caption id="attachment_107091" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]
LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN PRASEKOLAH KPM
1-Layari laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my sama ada melalui komputer atau telefon pintar.
2-Daftar Pengguna bagi pengguna baharu.
3-Lengkapkan semua maklumat dengan betul dan tepat. Klik butang daftar.
4-Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat adalah betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.
5-Jangan lupa mengingati kata laluan dan tidak mendedahkannya kepada orang lain
6-Untuk memohon, log masuk. Masukkan nombor MyKad, kata laluan dan klik butang log masuk dan klik Permohonan pada menu.
7-Masukkan nombor MyKid dan klik butang seterusnya.
8-Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara.
9-Bagi Mykid yang tiada rekod dalam JPN, ibu bapa/penjaga perlu melengkapkan maklumat seperti Masukkan maklumat murid seperti nombor MyKad, tarikh lahir, nama, jantina dan lain-lain. Seterusnya klik Langkah 2.
10-Lengkapkan atau kemas kini alamat semasa kemudian klik Langkah 3.
[caption id="attachment_107092" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]
15 INFO PRASEKOLAH ALIRAN PERDANA & PENDIDIKAN KHAS
Prasekolah di aliran perdana
Prasekolah di aliran perdana menyediakan peluang kepada murid untuk mencapai objektif seperti yang berikut:
1-Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.
2-Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
3-Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
4-Menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia.
5-Menyayangi dan menghargai alam sekitar.
6-Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri.
7-Mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan menjaga keselamatan diri.
8-Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
9-Mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kemahiran menyelesaikan masalah dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
Prasekolah pendidikan khas
1-Menyediakan peluang pendidikan yang sesuai dan relevan dengan kebolehan murid berkeperluan khas agar dapat berdikari dan menjalani hidup yang berkualiti.
2-Membangunkan perkembangan kognitif dan kemahiran bersosial serta mengurangkan masalah tingkah laku yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak berkeperluan khas.
3-Meningkatkan perkembangan fizikal, bahasa, dan memahirkan pertuturan, psikologi dan kemahiran urus diri.
4-Mewujudkan sifat ingin tahu, berinisiatif dan berdisiplin.
5-Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
6-Menyediakan diri dengan kemahiran asas yang diperlukan untuk memberikan pengalaman persekolahan yang akan dilalui.
Kredit foto utama: Freepik
Sumber: Cikgu Yasmin, KPM
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.