SOALAN ‘membunuh’ minat anak. Itu yang terpacul di fikiran seorang ibu gara-gara kesukaran menjawab soalan matematik anaknya yang baru kini baru darjah satu.

Tidak hairanlah sebelum ini kedengaran keluh-kesah tentang sistem pendidikan di negara ini yang sedikit sebanyak membebankan pelajar.

Antaranya, soalan yang berbentuk KBAT, sistem pembelajaran yang sering bertukar, beg sekolah berat dan pelbagai lagi masalah yang tiada berkesudahan.

Gambar sekadar hiasan.

Menurut ibu yang bernama Nur Atiqah Zulkiplee , kesukaran membantu anaknya menjawab soalan matematik yang diberikan itu menyebabkan beliau terasa ingin membakar sahaja ijazah yang diperolehnya.

Baca ni: ‘Bertocang dua, sapu lip gloss tetap letop. Anak Che Ta kan.’ Gaya Aaisyah ke sekolah dipuji cantik macam barbie doll!

Luahan tersebut dikongsikan menerusi laman Facebooknya baru-baru ini.

“Saya masih mencari di mana logiknya soalan ini ditanya kepada pelajar darjah satu.Budak itu mahu beli pemadam pun puas mengira syiling, kira baki pun salah lagi. Seluar dalam pun kadangkala pakai senget-senget, apatah lagi tudung sekolah.

“Mahu beli makanan di kantin pun takut-takut lagi. Hingus pun lap pada lengan baju lagi. Perlu ke gasak otak anak kita dengan tekanan yang boleh mengganggu perkembangan kebolehan soft skills mereka?,” demikian luahannya yang jelas nampak begitu resah.

LATIH ANAK JADI ROBOT

Menurut Nur Atiqah lagi, anaknya Zara tiada masalah pembelajaran. Bahkan, sehingga kini si kecil itu boleh membaca dan menulis sifir enam.

“Apabila saya bagi Zara sifir enam, dia tiada masalah untuk menulis dan faham akan konsep gandaan sifir berkenaan.

“Maksudnya, Zara bukan budak yang ada masalah pembelajaran, tetapi apabila saya tengok soalan matematiknya, saya terus terfikir adakah ini agenda untuk melatih anak menjadi robot?

“Tiba-tiba rasa mahu bakar ijazah yang saya peroleh. Saya buat pinjaman RM22 ribu untuk mendapatkan segulung ijazah dalam bidang matematik. Namun, saya masih tidak dapat mengajar anak yang berada dalam tahun satu untuk membuat kerja sekolah bagi subjek berkenaan. Entah salah siapa, saya pun tidak tahu,” ujar Nurul Atiqah sambil memberitahu soalan berkenaan diambil di dalam buku teks darjah satu sekolah kebangsaan.

Iklan
Gambar sekadar hiasan

SOALAN MEMBUNUH

Akuinya lagi, walaupun boleh menjawab soalan tersebut, namun sukar untuk menerangkan kepada anaknya dengan bahasa dan tahap anaknya sekarang. Sangat tidak logik tegas wanita itu!

“Bagi saya soalan macam ini boleh membunuh minat anak. Kalau beginilah soalan yang digunakan untuk menilai PBD atau whatnot, anak saya nak dapat TP1 pun saya tidak hairan. Tidak kisahlah tentang KPI sekolah ataupun guru besar sendiri.

‘Kita sendiri boleh menilai kebolehan anak kita mengikut perkembangan umur dia. Patutlah dilantik menjadi AJK PIBG, mungkin kerana saya banyak membuat aduan,” ujar Nurul Atiqah lagi sambil mengakui agak beremosi dengan situasi tersebut.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan