Jangan biar diri ditindas, percaya boleh pergi jauh, warganet support Shuhada Shukri suruh buat bisnes
NAMA isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 28, menjadi perhatian ramai selepas isu kecurangan yang tular di media sosial baru-baru ini.
Dalam perkembangan berkaitan, finalis Hero Remaja 2011/12 dan pelakon Mr Donat Karamel itu didakwa telah melafazkan cerai talak satu melalui panggilan telefon.
Memetik laporan Mstar, perkara itu disahkan adik Shuhada, yang dikenali sebagai Sofia yang memaklumkan Hafidz melafazkan cerai itu menerusi panggilan telefon di hadapan ahli keluarganya.
Baca juga: #SiBibirMerah: Wanita, tabah lalui penceraian, ketahui hak yang boleh dituntut
Sementara itu sebuah portal berita melaporkan, permohonan perceraian itu akan difailkan pada 1 Mac ini, yang juga jatuh pada tarikh kelahiran Shuhada.
Menerima berita yang mendukacitakan itu, warganet memberikan sokongan buat Shuhada. Menerusi Insta Story, ibu kepada dua cahaya mata itu memaparkan galakan yang diterima daripada warga maya untuk bangkit dan kuat demi anak-anak dengan memulakan perniagaan.
Baca juga: Jatuhkan talak guna alat komunikasi moden kaedah yang tidak tepati adab penceraian
Tersentuh dengan kata-kata warganet, pemegang ijazah bidang Pengurusan itu menitipkan ucapan terima kasih dan ucapan kesyukuran.
"Terima kasih Ya ALLAH. Semoga berbaliklah segala kebaikan untuk semua yang mendoakan Shu dan anak-anak,” kongsinya.
Mendirikan rumahtangga pada 30 April 2016 pada usia 22 tahun, Hafiz dan Shuhada dikurniakan dua orang anak iaitu iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3.
Sumber: Astro Awani, @shushukriii, Divorcemag
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi