'Selamat datang Muhammad Umar Eussof.' Selepas 12 tahun, Syura timang anak keempat

Iklan
1

MUHAMMAD Umar Eussof, demikian nama anak keempat penyanyi Syura Badron yang selamat bersalin baru-baru ini.

Selepas 12 tahun bersalin anak ketiga, pemilik nama Zuraidah Badron akhirnya selamat melahirkan anak ketiganya 13 Mac lalu.

Iklan
Iklan

Kemas kini Instagram yang dibuat suaminya, Muhammad Farizat Ismail memaklumkan bayi mereka disambut pakar sakit puan terkemuka, Dr Thokha Muhammad.

Baca juga: Kongsi berita kehamilan, Syura buat kejutan untuk suami

Iklan

"Syukur Alhamdullillah pada 13 Mac 2023 isteri saya telah selamat melahirkan seorang putera seberat 2.5 kilogram secara normal pada pukul 9.01 malam yang telah di rawat sempurna oleh @drthokha.

Iklan

"Terima kasih atas segala doa yang tak henti-henti daripada semua.Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas segala doa kalian. Terima kasih sayang untuk anugerah terindah ini.

"Assalammualaikum dan selamat datang sayang daddy mommy, Muhammad Umar Eussof," titipnya.

 

Bekas juara Master Chef Selebriti musim kedua yang mendirikan rumah tangga dengan Muhd Farizat pada 22 Januari 2022.

Syura terdahulu memiliki tiga anak daripada perkahwinan pertamanya iaitu Nurul Dania Irdani, 16, Nurul Qaisara Sofia, 14, dan Muhammad Irfan Aryan, 12.

Baca juga: Akhiri status ibu tunggal, Syura kembali bergelar isteri

Baca juga: Kongsi berita kehamilan, Syura buat kejutan untuk suami

Kepada ibu yang baru bersalin, SinarPlus kongsikan saranan pemakanan seimbang daripada Kementerian Kesihatan.

Golongan mak-mak adakala terlalu sibuk menjaga bayi dan ahli keluarga yang lain sehingga tidak endahkan makan minum sendiri.

Penting untuk ibu-ibu merancang hidangan yang ringkas tetapi berkhasiat untuk dirinya dengan memilih pelbagai makanan daripada kesemua kumpulan makanan di dalam Piramid Makanan Malaysia.

[caption id="attachment_108974" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]

1-Teruskan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat sebagaimana yang diamalkan semasa anda hamil. Beri tumpuan kepada pengambilan bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan yang kaya dengan protein, kalsium dan zat besi. Berikut adalah kumpulan makanan utama yang anda harus makan setiap hari:

2-Pelbagai jenis bijirin seperti beras, gandum, jagung, barli terutama bijirin penuh. Produk bijirin seperti roti, pelbagai jenis mi dan pasta juga boleh diambil.

3-Sumber protein haiwan seperti telur, daging dan ikan dan/atau sumber protein tumbuhan seperti kacang dal dan kacang soya. Susu dan produk tenusu seperti susu rendah lemak, yogurt dan keju.

4-Semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran segar sama ada dimakan mentah atau dimasak.

 

5-Diet yang seimbang boleh diperolehi dengan mengambil pelbagai jenis makanan daripada setiap kumpulan makanan yang dinyatakan di atas.

6-Pengambilan pelbagai jenis makanan dapat memastikan ibu mendapat kesemua nutrien yang diperlukan olehnya.

7-Beri perhatian kepada zat besi dan kalsium. Semasa menyusukan bayi, kebiasaannya ibu tidak kedatangan haid selama beberapa bulan. Oleh itu, kehilangan zat besi setiap bulan tidak berlaku.

8-Tapi ibu memerlukan bekalan zat besi yang mencukupi bagi menggantikan kehilangan zat besi semasa bersalin dan sebagai persediaan kedatangan haid yang akan datang.

Baca juga: Salur darah paru-paru tersumbat darah beku, pulmonary embolism ‘pembunuh senyap’ wanita selepas bersalin

[caption id="attachment_108975" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]

9-Bekalan zat besi boleh dikekalkan dengan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging, hati, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin penuh dan buah-buahan kering seperti kismis. Ibu yang mengalami anemia perlu mengambil suplemen zat besi.

10-Keperluan kalsium semasa menyusukan bayi adalah tinggi kerana susu ibu mengandungi kalsium. Apabila paras kalsium di dalam darah ibu tidak cukup untuk ibu dan bayinya, kalsium yang tersimpan di dalam tulang ibu akan dikeluarkan untuk menghasilkan susu dan mengakibatkan jisim tulang ibu berkurangan.

Baca juga: Anemia boleh beri impak sampingan kepada ibu dan kandungannya. Ini saranan penting pakar

11-Kehilangan tersebut boleh dicegah dengan pengambilan makanan yang tinggi kalsium. Sumber utama kalsium adalah susu dan hasil tenusu seperti keju dan yogurt. Kalau ibu tidak gemar atau alah kepada susu, terdapat banyak sumber kalsium lain yang boleh diambil, termasuk:

-Ikan dalam tin seperti sardin, ikan tongkol dan tuna yang dimakan bersama tulangnya.

-Ikan bilis juga merupakan sumber kalsium yang baik terutama sekiranya dimakan bersama tulangnya.

-Bijirin penuh dan tepung bijirin penuh.

-Tauhu dan susu soya.

-Sayur-sayuran berdaun hijau.

-Kekacang dan buah-buahan kering seperti kacang walnut, badam, kismis, kurma dan buah ara yang dikeringkan.

12-Minum apabila merasa dahaga dan pastikan, urin yang berwarna cerah. Kebanyakan ibu akan berasa dahaga apabila menyusukan bayi, terutama bayi yang baru dilahirkan.

13-Seseorang ibu yang menyusukan bayi tidak memerlukan makanan khas untuk menghasilkan atau meningkatkan penghasilan susu. Hisapan bayilah yang menentukan jumlah susu yang dihasilkan. Tubuh ibu akan menggunakan kombinasi makanan yang dimakan dengan nutrien yang tersimpan di dalam badannya untuk menghasilkan susu. Jika makanan yang ibu ambil tidak mencukupi, nutrien yang tersimpan di dalam badan akan digunakan.

14-Tiada satu makanan khas diperlukan untuk menghasilkan susu ibu. Kepelbagaian makanan yang diambil dapat memastikan ibu mendapat kesemua nutrien yang diperlukan, tanpa menjejaskan kesihatan.

15-Pengambilan beberapa jenis makanan perlu dihadkan semasa ibu menyusukan bayi seperti kopi dan alkohol. Bahan seperti kafein yang terdapat di dalam kopi dan alkohol serta toksin lain boleh melepasi darah ibu dan masuk ke dalam susu ibu.

Baca juga: Pesakit diabetes kena dapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa, elak risiko koma, sawan dan pengsan

Sumber: Instagram @syurabadron, MyHealth

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.