Sudah berpisah tetap berbaik demi Jebat tersayang, Sharnaaz dan Nabila jadi inspirasi warganet

Iklan
1

BIARPUN sudah berpisah, pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isteri, Noor Nabila mengekalkan hubungan baik antara mereka.

Mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan berpisah 9 Julai 2020, sikap profesional mereka demi membesarkan cahaya mata, Jebat Jayden, 5, harus diberi pujian.

Iklan
Iklan

Pelakon itu tidak lekang memuji bekas isteri dalam hantaran di laman sosial. Malah interaksi kedua-duanya juga mesra dan bersahaja.

Baca juga: Jumpa anak tiga kali sehari, Sharnaaz anggap Nabila sebagai kawan

Iklan

Jika diimbas kembali, tiada kenyataan negatif dikeluarkan oleh kedua-duanya selepas mereka berpisah dan sentiasa ada bersama Jebat seolah tiada masalah untuk berhubung selepas bercerai.

Iklan

Baca juga: Gelagat Jebat Jayden kemas rumah sambil buat dialog tentang semut, lalat bikin warga maya terhibur. Lucu betul!

Dalam perkembangan terbaru, Sharnaaz dan kakak kepada pelakon Neelofa itu tampil di dalam sebuah video memasak bersama Jebat.

"Untung Jebat ada mak yang sayang dia. Macam biasa bila Jebat yang masak, orang lain payah dapat makan termasuklah mak dia.

"Kambing ni sesuai pada bulan puasa untuk yang bujang! Mamu single, mummy dia? Rahsia,” titip Sharnaaz.

Beralih ke ruangan komen, warganet rata-rata tersentuh aura positif keluarga kecil ini. Tidak kurang juga ada yang mengharapkan mereka ikatan antara mereka bertaut kembali.

-"Bulan dan matahari, tidak bersama namun saling melengkapi."

-"Best parent ever."

-"Doa yang baik-baik untuk mereka berdua."

Noor Nabila berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 19 Mac 2021.

Berpisah jangan sampai anak terpisah. Sikap profesional dan matang perlu ada dalam menguruskan anak agar mereka membesar dalam suasana yang baik dan positif, bukannya dalam acuan penuh benci serta dendam. Sharnaaz dan Noor Nabila wajar dicontohi!

Baca juga: Noor Nabila lali dengan populariti dan perhatian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.