Neelofa sahkan diri hamil, masuk trimester kedua

SELEBRITI, pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa hari ini mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Tahniah kami ucapkan. Terjawab kini setelah beberapa bulan lalu ramai yang berteka-teki melihat penampilannya.

Menerusi laporan Media Hiburan, ibu kepada Muhammad Bilal itu mengakui dirinya sedang hamil dan usia kandungan sudah memasuki trimester kedua.

Neelofa yang kini berusia 34 tahun memilih untuk berkongsi perkara tersebut susulan ramai yang mulai melihat peribahan fizikal pada dirinya.

Kongsi Neelofa, kehamilannya kali ini lebih mudah berbanding anak pertama dahulu.

“Doakan yang terbaik untuk saya. Rasanya semua sudah nampak kan (baby bump). Usia kandungannya kini sudah ‘half way to go’.

Baca juga ‘Seronok tengok Lofa’, aksi Neelofa naik skuter ketika umrah curi perhatian

Doakan anak waktu tidur, menyusu, Neelofa kongsi doa yang diamalkan

“Alhamdulillah setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Bukan mudah sebenarnya sebab Bilal pun masih kecil lagi. Tapi syukur semua mendoakan saya,” ujarnya pada Media Hiburan di majlis pelancaran Warisan Neelofar di KL East Mall, Kuala Lumpur.

Ujar bekas pengacara Meletop itu, dia dan suami juga tidak kisah mengenai jantina anak kedua dan kini sedang melakukan persiapan bagi menyambut cahaya mata tidak lama agi.

Iklan

“Dari anak pertama lagi saya dan suami memang tidak kisah mengenai gender anak, memadai jika bayi dalam keadaan sihat dan baik.

“Syukur setakat ini saya tiada ada alami alahan yang teruk memandangankan ini pun sudah anak kedua, jadi saya sudah biasa dan lebih mudah untuk mengatur semuanya,” ujarnya.

Baca juga Untung Neelofa, suami hadiahkan gelang tangan sepadan cincin kahwin sempena hari lahir

Iklan

Neelofa dan Haris yang bernikah pada 27 Mac 2021 menyambut kelahiran Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.