Musim orang batuk, ini 14 produk ubat batuk di Malaysia dibatalkan pendaftaran mengandungi pholcodine
PERASAN tak di sebelah kiri dan kanan anda sekarang ini asyik nampak orang batuk kan?
Nampaknya kita mungkin telah masuk ‘musim batuk’ kerana perubahan cuaca.
Bukan sahaja orang dewasa malah ramai dalam kalangan kanak-kanak juga terkesan dari musim ini.
Langkah berjaga-jaga bersedialah dengan bekalan ubat batuk supaya sakit tersebut tidak berlarutan.
Namun, dalam perkembangan terbaharu, pihak berkuasa kawalan dadah kebangsaan telah menarik 14 produk ubat batuk yang dikhuatiri memberi efek negatif kepada orang ramai.
Jadi, hati-hati sebelum nak beli ubat batuk tu ya! Tengok betul-betul kandungannya pada pembungkusan.
Baca juga Kos rawat pesakit kanser akibat nikotin cecah RM150,000. KKM wujudkan pelan generasi tak kenal rokok
14 JENIS UBAT BATUK PHOLCODINE DIBATALKAN PENDAFTARAN
Pihak berkuasa kawalan dadah kebangsaan telah membatalkan pendaftaran 14 produk mengandungi pholcodine di Malaysia.
Pholcodine ialah ubat batuk opioid yang bertindak terutamanya dengan menekan refleks batuk dalam sistem saraf pusat.
Manakala Agent Penghalang Neuromuskular (NMBAs) adalah bahan yang digunakan sebagai pra pembedahan untuk merehatkan otot otot.
Data yang ada menunjukkan bahawa penggunaan pholcodine dalam 12 bulan sebelum pembedahan, adalah faktor risiko untuk kejadian alahan serius dengan penggunaan Agen Penghalang Neuromuskular.
Baca juga KKM tak galak serbuk kunyit, daun semambu, ini perlu buat jika terkena HFMD
Setelah mempertimbangkan bahawa tiada langkah meminimumkan risiko yang sesuai boleh diambil bagi mengurangkan risiko ini dan tidak mungkin untuk mengenal pasti populasi pesakit yang mendapat manfaat pholcodine melebihi risikonya, maka keputusan telah diambil untuk menarik balik ubat yang mengandungi pholcodine daripada pasaran.
Ramai nampaknya pernah guna produk-produk ini. Tarik balik khusus pada produk dalam gambar ya.
Produk lain masih boleh guna. Sebagai contoh Difflam seperti di dalam gambar sahaja yang ditarik balik. Difflam lain masih selamat digunakan.
Sumber:" target="_blank" > Public Health Malaysia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.