Rosyam Nor pernah ditawar watak jadi hero, tapi produksi batalkan saat akhir. Ini reaksi beliau...

Iklan
Untitled design (13)

UMUM mengetahui, selain bergelar anak seni, Rosyam Nor juga memiliki bisnes sendiri.

Beliau juga merupakan pemilik bersama pasar raya ST Rosyam Mart yang kini sudah memiliki tujuh buah cawangan di seluruh Lembah Klang.

Iklan
Iklan

Biarpun usia sudah melebihi separuh abad, namun nama pemilik nama sebenar Mohamed Nor Shamsudin jarang tercicir daripada senarai pilihan penerbit mahupun pengarah.

Terkini, beliau sibuk dengan penggambaran filem Original Gangster yang diarahkan oleh Syamsul Yusof.

Iklan

Akuinya, sesebuah drama tidak akan berjaya jika tiada kerjasama semua pihak.

Iklan

"Seseorang pelakon itu bukan bagus sangat tetapi pasukan itu yang buat saya jadi bagus. Kalau pelakon (bagus) sekalipun, jika tidak divisualkan menarik oleh pasukan itu sendiri, maka takkan jadi.

"Sekarang saya sibuk dengan penggambaran filem Original Gangster. Dalam filem ini watak saya tidak besar. Lebih kurang 15 babak dan saya tidak terbabit untuk babak-babak awal,” ujarnya ketika ditemui ketika melancarkan Rosyam Nor Kambing Perap dengan Sos Korea Hot & Spicy.

Baca ni 'Lawanya rumah, ingat dekat luar negara.' Isteri Rahim Sepahtu kongsi gambar rumah, siap ada mini golf bikin ramai teruja!

Ditanya mengenai kontroversi di antara Datuk Aaron Aziz dan Syamsul Yusof, ini jawapan Rosyam.

"Saya dengar beliau (Aaron) tak jadi berlakon. Saya tidak bertanya lanjut kerana bukan cara saya untuk berbuat demikian. Saya pun pernah terima sebuah tawaran, namun akhirnya produksi tidak jadi ambil saya untuk berlakon. Jadi saya okey sahajalah, tak ada rezeki,” ungkap Rosyam yang enggan mengulas lanjut.

Bapa kepada lima anak perempuan itu turut berkongsi pengalaman beliau yang sebelum ini pernah ditawarkan watak utama, namun tidak jadi juga.

"Pernah saya diberi peranan utama untuk buat filem Tailong dengan membawakan watak sebagai hero. Namun, tiba-tiba tak jadi, sebaliknya buat filem lain, tapi tak ambil saya berlakon.

"Saya tidak marah pun. Bagi saya, mungkin ada sebab-sebab yang tertentu, saya tak tahulah apa sebabnya. Saya rasa berkaitan dengan rezeki, tak payah fikirlah. Insya-ALLAH ada rezeki berlakon filem lain pula selepas ini,” katanya.

Baca ni Sheila Rusly tayang ruang dapur bikin ramai kagum. Kemas & cantik macam showroom!

[caption id="attachment_110077" width="600"] Datuk Rosyam Nor ketika melancarkan Rosyam Nor Kambing Perap. turut hadir bersama Director delicious western, Dato Raymond Ho (kanan sekali)[/caption]

NAMA DIPERGUNAKAN?

Kepada satu soalan lain, Rosyam berkata, beliau tidak kisah apabila nama dan gambar miliknya diguna pakai sesetengah pihak terutama sekali dalam melariskan satu-satu produk.

"Saya berniaga menggunakan ‘nama’ saya. Malah, saya bermula dengan penubuhan Rosyam Mart. Jadi kita gunakan nama yang sama supaya orang faham ini Rosyam punya. Saya juga sudah daftarkan nama Rosyam di MYIPO (portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia) sebagai harta intelek dan trademark.

"Alhamdulillah jenama tersebut sudah kuat.Terbaharu Rosyam Nor Kambing Perap. Saya tidak kisah jika ada ejen mahupun stokis yang mahu melariskan produk tersebut dengan cara menggunakan nama saya,”ujarnya.

Mengulas mengenai produk baharu yang diasaskannya iaitu kambing perap dengan sos pedas Korea, Rosyam memberitahu, ia adalah pertama seumpamanya di Malaysia.

Baca ni 'Sedar diri dan tahu kedudukan.' 8 tahun berpoligami, Adira dedah rahsia hubungan baik dengan madu

"Bukan saja K-pop menjadi fenomena di Malaysia, malah apa saja produk keluaran negara itu menjadi kegilaan ramai. Jadi kami inspirasikan sos pedas Korea yang digemari ini.

"Pelancaran kambing perap ini juga tepat pada masanya ketika umat Islam menyambut Ramadan,” ujar Rosyam yang memberitahu, keistimewaan kambing perapnya terletak pada sos iaitu sos pedas Korea.

Selain sos pedas Korea, pelanggan juga boleh menikmatinya dengan sos BBQ.

Ujar Rosyam lagi, kambing perap berkenaan itu juga menggunakan bahan bermutu tinggi dan premium.

Dijual pada harga RM43.90, namun bersempena bulan Ramadan, ia ditawarkan kepada para pelanggan pada harga promosi iaitu RM39.90 (bermula 1 Mac lalu hingga 9 April 2023).

Jom dapatkan sementara ada promosi.

Baca ni 'Mak ladang pahala & rezeki.'Buat kejutan, Nubhan renovate bilik ibu serupa hotel undang sebak!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.