PEMANDANGAN menarik dengan halaman yang lapang menghijau membuatkan ramai terpegun melihat keindahan rumah pelawak tanah air, Rahim Sepahtu.

Rata-rata memuji dan ada yang menyangka itu ialah kediaman di luar negara!

Rupa-rupanya tanggapan rambang itu meleset sama sekali.

Baca ni Sheila Rusly tayang ruang dapur bikin ramai kagum. Kemas & cantik macam showroom!

Perkongsian gambar rumah tersebut dimuat naik isteri kepada Rahim Sepahtu menerusi laman Instagram miliknya.

Biarpun hantarannya hanya menunjukkan kawasan halaman rumah, namun sudah membuatkan ramai yang teruja.

Bahkan ada yang meminta pasangan suami isteri itu membuat ‘house tour’ untuk melihat ruangan lain di dalam kediaman tersebut.

Paling mencuri tumpuan ialah mini golf yang terletak di halaman kediaman banglo dua tingkat mereka.

Baca ni Bijak maksimumkan ruang walau rumah kecil, idea wanita ini bina loteng satu alternatif menari

Bagi peminat setia penyampai radio SinarFm itu, pasti sudah mengetahui akan minat Rahim dalam sukan golf.

Beliau juga berkongsi hobi yang sama dengan isteri tersayang yang dikenali sebagai Lily Khay.

Kecil, namun cukup menarik dengan pemandangan hijau nyata cukup mendamaikan.

Lebih-lebih lagi bersantai sambil mengambil angin petang, pasti menenangkan.

Baca lagi Shiera Ijoy kongsi panorama rumah dusun miliknya yang lengkap dengan jakuzi tepi sungai. Memang cantik!

Perkongsian tersebut mengundang reaksi warga maya. Berikut beberapa komen yang SinarPlus ingin kongsikan:

‘Cantiknya rumah, teruja tengok.’

‘Bestnya kak. Ada mini golf ye.’

‘Masya-ALLAH cantiknya. Ingat di luar negara tadi.’

Iklan

‘Bila nak buat house tour kak. Tengok luar pun sudah cantik.’

‘Lawanya rumah, raya nanti buat rumah terbuka ye. Nak datang.’

‘Makin mantaplah skor nanti. Tak pandang dah berapa par berapa birdie.’

Baca lagi Lelaki ini kongsi DIY rak tupperware untuk isteri guna besi dan kayu. Seminggu lebih siap, cantik dan kemas! 

‘Super lawa ni, lain macam betul halaman rumah.’

Iklan

‘Cantiknya pemandangan rumah, jangan nanti tahu-tahu tingkap pecah salah hayun.’

Bukan warga maya je yang teruja, admin pun rasa macam nak melawat laman rumah Rahim ni.

Menarik betul konsep mini golf tu. Lain daripada yang lain kan!

Sumber: Instagram lilykhay

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi