Kenali GIST, kanser jarang jumpa yang dideritai pengacara terkenal, Naz Rahman. Semua orang kena peka
BERDASARKAN statistik, kira-kira 4,000 hingga 6,000 kes penduduk di Amerika Syarikat yang didiagnosis menghidap kanser jarang berlaku iaitu Gastrointestinal stromal tumor (GIST), lapor American Cancer Society (ACS).
Sehingga akhir 1990-an, tidak banyak diketahui tentang tumor tersebut.
Pakar juga masih belum menemui kaedah terbaik untuk mengenal pasti masalah tersebut meskipun pelbagai ujian makmal dilakukan.
[caption id="attachment_111426" width="800"] SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.[/caption]
Menurut ACS, GIST bukan kanser biasa dan jumlah mereka yang disahkan menghidap tumor itu setiap tahun juga tidak diketahui.
Apa itu GIST? GIST adalah kanser yang jarang berlaku dan bermula pada dinding saluran penghadaman atau dikenali sebagai trek gastrousus.
Bercakap soal GIST, beberapa hari lalu, pengacara yang sinonim dengan program Jalan-Jalan Cari Makan, Naz Rahman mendedahkan dirinya ialah bekas pesakit GIST lebih empat tahun lalu.
Sepanjang menderita penyakit berkenaan, Naz telah 10 kali menjalani pembedahan membuang tumor di dalam perut.
Natijahnya, berat badannya susut 14 kilogram.
Tumor tersebut sudah berjaya dikeluarkan dan keadaan tersebut telah mengurangkan 15 peratus saiz perutnya.
[caption id="attachment_111428" width="800"] SUMBER Ketut Subiyanto daripada PEXELS.[/caption]
Sehingga kini, Naz masih menjalani pemeriksaan kesihatan untuk menggelakkan peristiwa sama berulang.
Seperti yang ramai sedia maklum, kanser berlaku apabila sel-sel dalam badan mula tumbuh secara tidak terkawal.
Sel-sel pada mana-mana bahagian badan boleh menjadi kanser dan akan merebak ke bahagian badan lain.
Tidak berapa lapar
Ujar ACS, GIST kebiasaannya terjadi di dalam perut dan usus kecil.
Pun demikian, saluran sistem pencernaan juga berpotensi untuk berlaku.
[caption id="attachment_111430" width="800"] SUMBER Towfiqu Barbhuiya daripada UNSPLASH.[/caption]
Baca juga: Baru berusia 3 tahun, Abang terpaksa jalani kemoterapi kerana kanser perut
Sementara itu, laman perubatan, Mayo Clinic menyenaraikan beberapa simptom GIST yang perlu diwaspadai. Antaranya:
1) Sakit perut.
2) Rasa ketumbuhan dalam perut.
3) Keletihan.
4) Loya.
5) Muntah-muntah.
6) Kekejangan pada perut selepas makan.
7) Tidak berasa lapar.
8) Berasa kenyang walaupun makan sedikit sahaja.
9) Najis berwarna gelap disebabkan oleh pendarahan dalam sistem penghadaman.
Rawatan
Mengenai kaedah perawatan, Mayo Clinic berkata, rawatan GIST kebiasaanya melibatkan pembedahan dan terapi bersasar.
[caption id="attachment_111431" width="800"] SUMBER National Cancer Institute daripada UNSPLASH.[/caption]
Namun demikian, ia turut bergantung kepada situasi pesakit.
"Sesetengah GIST tidak memerlukan rawatan segera dan GIST ringan yang tidak mempunyai gejala mungkin tidak memerlukan rawatan.
"Pun demikian, pemeriksaan diperlukan untuk memantau sekiranya kanser berkenaan membesar dan memerlukan rawatan,” katanya.
Pesan Mayo Clinic, tidak kira pesakit telah sembuh atau masih menerima rawatan, mereka perlu bertemu dengan doktor.
Ini kerana kanser tersebut kadangkala akan berulang selepas rawatan.
Oleh yang demikian, kita semua dinasihatkan untuk melihat perubahan diri terutamanya jika mengalami pengurangan berat badan yang sangat ketara.
Apa-apapun kita berharap selebriti kesayangan kita, Naz sembuh sepenuhnya.
Tak sabar nak tengok beliau mengacara rancangan makan-makan lagi.
Baca juga: Sakit pada bahagian ketiak tak boleh diperlekehkan, mungkin itu petanda kanser
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.