PENYANYI Nas Adila kini sedang berjuang melawan kanser payudara.

Dalam hantaran di laman sosial, peserta Akademi Fantasia Musim (AF7) itu memohon doa daripada rakan dan kenalan agar dipermudah perjalanan rawatan.

“Assalamualaikum semua. Maaf tak dapat nak reply pertanyaan satu persatu.

“Doakan ALLAH terus pinjamkan kekuatan-NYA kepada saya untuk melawan kanser. I am a breast cancer fighter,” titipnya.

Baca juga: Lelaki tak subur 2 kali ganda berisiko hidap kanser payudara. Komplikasi dialami lebih teruk berbanding wanita

Dalam perkembangan terkini isteri kepada peserta AF6, Aliff Razali itu menyatakan keadaan terkini dirinya.

“Kalau tanya keadaan saya Alhamdulillah saya ok, tak sakit. Insya-ALLAH 20 Mac ini rawatan kemoterapi,” titip Nas Adila.

Baca juga: Penting buat saringan kanser payudara, tetapi masih ramai tak ambil peduli

Rakan, Ismaliza Ismail yang juga peserta (AF7) turut berkongsi tentang Nas Adila di laman sosial Facebook.

“Salam semua. Post ini dibuat dengan izin tuan punya badan. Seorang lagi sahabat kita sedang diuji.

“Setelah melalui pelbagai saringan kesihatan ,sahabat kita Nas Adila baru saja di sahkan mengidap kanser payudara dan akan memulakan rawatan kemoterapi pada 20 Mac ini.

“Sama-sama kita doakan semoga Nas Adila kuat melalui ujian dan dugaan ini. Doa dan semangat.Sahabat semua diperlukan untuk memberi kekuatan kepada beliau melalui ujian ini,” titipnya.

Iklan

Warganet yang bersimpati dengan keadaan Nas menitipkan doa agar segalanya berjalan lancar.

– “Semoga Kak Nas diberi kesembuhan. Kami sentiasa ada dengan Kak Nas”

– “Moga diberikan kesembuhan atas penyakit. Terus kuat sahabat, aamiin.”

Iklan

Nas Adila yang berkahwin pada 12 Disember 2015 dikurniakan dua cahaya mata. Beliau kini aktif sebagai Zumba Instructor.

Baca juga: Kanser payudara, kolorektal, paru-paru paling kerap menyerang rakyat Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi