Sakit pada bahagian ketiak tak boleh diperlekehkan, mungkin itu petanda kanser

A
A
A

Sakit pada bahagian ketiak tak boleh diperlekehkan, mungkin itu petanda kanser

KADANG-KADANG kesakitan kita ni ‘pelik-pelik.’

Sakit pada lengan, ibu jarilah atau perut tiba-tiba memulas walau sebutir nasi pun tak ambil lagi.

SinarPlus nak tanya, anda pernah sakit pada bahagian ketiak tak? Kalau ya, penjelasan berikutnya perlu diberi perhatian.

Sebelum mengulas lanjut, SinarPlus ingin memberi penerangan lebih terperinci tentang ketiak.

SUMBER Ryutaro Tsukata daripada PEXELS

Secara asasnya, sebahagian daripada ketiak bersambung ke tulang rusuk. Saraf dan saluran darah utama juga melalui ketiak.

Ketiak juga adalah ‘rumah’ kepada beberapa nodus limfa.

Menurut portal healthline.com, nodus limfa atau kelenjar limfa penting dalam sistem imun badan manusia.

Fungsi utamanya adalah untuk menampung sel-sel melawan penyakit badan dan menapis limfa sebelum ia memasuki semula saluran darah.

Seperti yang ramai maklum, kulit di bawah lengan kita adalah nipis dan mengandungi sejumlah besar kelenjar peluh.

Justeru, apabila dalam keadaan panas dan lembap, situasi berkenaan boleh meningkatkan kemungkinan jangkitan kulat, bakteria atau ruam pada ketiak kita.

SUMBER Towfiqu Barbhuiya daripada PEXELS

Merujuk kepada portal The Diagnosa, terdapat beberapa punca mengapa bahagian ketiak boleh menjadi sakit. Antaranya adalah:

1) Ketegangan otot

Otot ketiak menjadi tegang apabila seseorang melakukan sesuatu aktiviti secara berlebihan seperti mengangkat benda berat.

Gejala regangan otot bergantung pada betapa seriusnya ketegangan itu. Antaranya termasuklah sakit selepas pergerakan meregangkan otot, kemerahan atau lebam, kekejangan dan bengkak.

2) Nodus limfa bengkak

Apabila nodus imfa menjadi bengkak dan menyakitkan, ia memberi signal bahawa badan kita sedang melawan jangkitan virus.

SUMBER Maksim Goncharenok daripada PEXELS

3) Jangkitan kulit atau luka

Apabila nodus limfa membengkak, kita mungkin mengalami hidung berair, sakit tekak, demam dan berpeluh malam.

4) Kanser payudara

Kanser payudara berlaku apabila sel-sel dalam payudara membesar secara tidak terkawal. Ia biasanya terbentuk daripada tumor dan kemudiannya boleh merebak.

Baca lagi: Wanita pelik ketiak bengkak penuh susu selepas lahir bayi kembar tiga, rupanya…

Baca lagi: Malu ketiak berbau? Ini 5 cara hilangkan dengan mudah

Simptom biasa kanser payudara adalah sakit dan bengkak pada sekitar ketiak.

Bagaimana pula dengan rawatan sakit ketiak? The Diagnosa turut berkongsi pengetahuan. Antaranya:

1) Bagi kesakitan yang berpunca daripada ketegangan otot, doktor mencadangkan agar berehat daripada melakukan sebarang aktiviti yang menyebabkan kesakitan.

SUMBER Engin Akyurt daripada PEXELS

2) Anda boleh mengurangkan risiko ketegangan otot pada bahagian antara lengan dan bahu dengan melakukan aktiviti memanaskan badan secara betul, sebelum bersenam. Berhati-hati semasa mengangkat atau membaling objek berat.

3)Mereka yang mengalami jangkitan kulit atau ruam pula dinasihatkan agar mengenal pasti penyebab alahan.

Kesakitan akibat jangkitan akan hilang apabila keadaan yang menyebabkannya menjadi lebih baik.

SUMBER Cottonbro Studio daripada PEXELS

4) Sakit ketiak yang berlaku akibat kanser atau mana-mana rawatannya mungkin memerlukan ubat antiradang dan sakit.

5) Anda dinasihatkan agar menjaga kawasan ketiak supaya bersih dan kering bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman dan kulat.

Penerangan daripada dua sumber yang dinyatakan sememangnya memperlihatkan bahawa sakit pada bahagian ketiak bukan hal yang boleh ditertawakan.

Lagi bahaya kalau anda berasa ada bonjolan keras, bergetah atau tidak bergerak ketika menekannya.

Tambah-tambah lagi jika demam, berpeluh malam atau mengalami penurunan berat badan tanpa sebab.

Jangan berlengah, terus buat janji temu dengan doktor! Lebih baik mencegah daripada mengubati.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca