Farid Kamil tawar RM319,700 berdamai dengan Diana Danielle, termasuk Vellfire, set barang kemas
PENGARAH dan pelakon Farid Kamil mengemukakan tawaran pendamaian berjumlah RM319,700 berbentuk beberapa aset dan wang pendahuluan nafkahkepada isteri, Diana Danielle dalam usaha menyelamatkan rumah tangga mereka.
"Saya, Farid Kamil Zahari dengan setulus hati di bulan Ramadan penuh barakah ini ingin menawarkan kepada isteri saya, Diana Danielle Danny Beeson tawaran pendamaian seperti berikut sebagai sebagai usaha saya menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi.
1.Sebuah kenderaan Toyota Vellfire bernilai RM225,000
2.Barangan kemas bernilai RM10,700
3.Wang pendahuluan nafkah Mac - Jun 2023 bernilai RM40,000.
4.Bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah bertukar menjadi hutang bernilai RM44,000.
"Saya amat berharap dengan tawaran yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak RM319,700.00 ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami,"
Baca juga: Farid Kamil bawa bunga, cincin ke mahkamah, Diana Danielle dakwa anak trauma
Farid hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk prosedur Sulh.
Sebelum ini Diana memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada 10 Mac lalu dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan. Farid bagaimanapun enggan melafazkan talak.
Mahkamah pada 24 Mac melanjutkan perintah interim hadanah secara ex-parte (satu pihak) kepada Diana sehingga 30 Mei 2023.
Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muammad, 10, Nur Aurora, 8.
Baca juga: Hak penjagaan anak Diana Danielle dilanjutkan, 15 info wanita perlu tahu tentang hadanah interim
Baca juga: Diana Danielle fail permohonan cerai
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.