Demam, meracau & kejang, kanak-kanak 12 tahun maut strok haba, berikut kronologi menyayat hati

Iklan
1

Demam, meracau & kejang, kanak-kanak 12 tahun maut strok haba, berikut kronologi menyayat hati

PENINGKATAN suhu persekitaran yang sedang berlaku di negara ini sangat membimbangkan. Lebih menyayat hati situasi ini telah meragut satu demi satu nyawa kanak-kanak.

Iklan
Iklan

Jika minggu lalu kita dikejutkan dengan pemergian dua kanak-kanak berusia 11 tahun dan satu tahun tujuh bulan di Kelantan, baru-baru ini satu lagi jiwa terkorban di Kluang, Johor.

Airiel Syahren, 12, murid Sekolah Kebangsaan Lelaki Bandar Kluang menghembuskan nafas terakhirnya selepas tujuh mengalami simptom demam.

Iklan

Baca juga: Strok haba ibarat radiator kereta pecah, cepat bertindak waspada tanda awal sebelum ragut nyawa

Iklan

Baca juga: Strok haba: Ibu bapa jangan abai tanda anak sakit ketika cuaca panas elak hilang nyawa

Berikut adalah kronologi yang dialami kanak-kanak lelaki itu seperti yang diceritakan bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak:

1-Kanak-kanak berkenaan mengalami panas badan pada Ahad malam.

2-Bapanya yang beranggapan ia hanya demam biasa meminta kanak-kanak itu berehat di bilik yang mungkin lebih sejuk.

4-Bapa berkenaan dalam keadaan panik menghubungi talian kecemasan 999 dan disambungkan ke Hospital Kluang (Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom). Beliau diberitahu agar memastikan kedudukan badan kanak-kanak itu dalam keadaan mengiring, tidak diberi makan atau minum sementara menunggu ambulans tiba.

5-Keadaan Airiel semakin kritikal ketika  itu. Beliau dikatakan meronta-ronta sehingga membuang air kecil dan besar.

6-Keadaan tersebut turut dialami adik kepada Airiel bagaimanapun ia hanya dalam tempoh satu hingga dua minit.

Baca juga: Post-mortem dapati organ dalaman hangus, kanak-kanak pergi selamanya asbab strok haba, dehidrasi

Baca juga:  Paru-paru kecut, air dalam badan kering, kanak-kanak setahun maut strok haba di Kelantan

7-Syahrol bersama anak sulungnya menemani Airiel. Bagaimanapun bapa berkenaan pulang kira-kira pada jam 4.00 pagi dan meminta anak sulungnya untuk terus berada di hospital.

8-Selepas pulang, Syahrol menerima panggilan daripada anak sulungnya yang memberitahu bahawa dia tidak boleh menunggu kerana di bawah umur dan meminta Syahrol ke hospital membawa lampin pakai buang.

9-Ketika tiba di hospital, doktor sedang memberikan rawatan untuk menyelamatkan Airiel. Ketika itu juga beliau kemudian dipanggil seorang doktor dan diberikan penerangan tentang keadaan yang dialami anak keduanya itu.

10-Hati bapa itu luluh. Melihatkan keadaan Airiel beliau tidak sampai hati. Hati kecil Syahrol berkata,"Kalau nak pergi, pergilah, jangan seksa dia macam ini, keadaan dia tak mengizinkan dia untuk terus sakit.”

[caption id="attachment_113063" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]

Baca juga: Cuaca panas yang melanda Malaysia kini, hati-hati empat golongan berisiko ini yang akan lebih terkesan

12-Jenazah Airiel selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong selepas Zohor, pada Isnin.

13-Manakala adik kepada Airiel, Aidil Syahren, 9, juga demam pada Ahad lalu dan kini dilaporkan stabil serta masih berada di HEBHK.

15-Beliau juga menitipkan tanda-tanda strok haba yang lain iaitu sawan yang boleh rosakkan organ dalaman seperti buah pinggang, paru-paru. Dalam kes Allahyarham Airiel, ia telah sampai ke peringkat radang otak.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat, al-Fatihah.

Baca juga: Hanya 15 minit, badan boleh diserang strok haba. Waspada!

Baca juga:Cuaca panas buatkan si kecil cepat dehidrasi. Mak ayah wajib kenal tanda-tanda anak tak cukup air

Cuaca panas memberikan kesan kepada kesihatan berkaitan adalah termasuk;

a.Keletihan atau kelesuan akibat dari panas (heat fatigue)

b.Pitam atau pengsan akibat dari panas (heat syncope)

c.Kekejangan akibat dari panas (heat cramps)

d.Keletihan atau kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion)

e.Strok akibat panas (heat stroke)

Justeru anda perlu mengetahu gejala kesihatan berkaitan dengan panas boleh melalui simptom ini. Jangan ambil mudah!

Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan disebabkan suhu panas adalah pelbagai bergantung kepada tahap keadaan sesuatu masalah itu. Awas peka tanda-tanda ini:

a)Sakit kepala

b)Keletihan

c)Tumpuan lemah atau tidak dapat fokus

d)Pening kepala

e)Lemah otot–otot badan atau kekejangan

f)Mual dan muntah

g)Pada tahap yang terlalu teruk, individu boleh mengalami dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan koma (tidak sedarkan diri).

Paling menakutkan cuaca panas esktrem mengakibatkan maut ekoran strok haba dan boleh kerosakan organ badan seperti ginjal, otak, jantung dan hati, berwaspadalah.

Baca juga: Cuaca panas terik membahang, suhu dijangka lebih 54 darjah Celcius di Thailand, 3 lokasi di Malaysia kena tempias

Sumber: Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.