CUACA panas dirasai akhir-akhir ini di seluruh negara. Rupanya negara jiran lebih panas dengan dengan indeks haba dijangka mencecah 54.2 darjah Celsius.

Baru-baru ini dengan indeks haba dijangka melonjak dengan beberapa wilayah dan daerah seperti Bang Na di Bangkok yang dijangka mencatat suhu 50.2 darjah Celsius.

Tiga lagi kawasan paling panas ialah Phetchabun (44.3 darjah Celsius), Chonburi (43.2 darjah Celsius), dan daerah Chok Chai di Nakhon Ratchasima (41.3 darjah Celsius).

Baca juga: Burung jatuh dari langit, India alami gelombang haba 49 darjah Celcius, tertinggi dalam 122 tahun

Jabatan Meteorologi Thailand memberi amaran kepada rakyat negara itu tidak menghabiskan masa di luar ketika suhu antara 41 darjah Celsius dengan 54 darjah Celsius bagi mengelakkan risiko kekejangan otot dan strok haba.

Terdahulu, ahli politik dan hartawan Thailand, Chonsawat Asavahame, 54 tahun, meninggal dunia akibat strok haba.

Baca juga: Musim panas, aircond pula tak sejuk walaupun suhu 16C! Kena tahu puncanya

TIGA DAERAH DI KEDAH CATAT SUHU TINGGI TAHAP BERJAGA-JAGA

Tidak hanya di Thailand, beberapa lokasi di Malaysia juga turut terkena tempias suhu tinggi susulan panas terik.

1-Jabatan Meteorologi Malaysia mendedahkan tiga daerah di negara ini yang mencatat suhu 35 hingga 37 darjah Celsius.

2-Ia adalah Kubang Pasu, Sik dan Kuala Muda, Kedah.

3-Difahamkan ia berada pada tahap berjaga-jaga yang mana suhu maksimum harian di sana 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

10 TIP HADAPI CUACA & SUHU PANAS

Waspada semua! Risiko paling besar cuaca panas ialah strok haba, kekejangan otot dan boleh berlaku apabila suhu badan seseorang melebihi 40 darjah Celsius.

Lebih-lebih lagi bagi umat Islam yang sedang berpuasa dan bakal bergerak pulang kampung sempena hari raya, ikuti tip seperti berikut:

1-Cuaca panas adalah tekanan fizikal kepada badan manusia. Kesan kesihatan adalah berbagai dari sederhanakepada teruk seperti strok haba yang boleh menyebabkan maut.

2-Masalah berkaitan kesihatan boleh terjadi di berbagai tahap suhu disebabkan oleh pakaian yang pelbagai jenis, keadaan pekerjaan, aktiviti fizikal dan beban kerja. Ia juga memberikan impak berbeza kepada individu berdasarkan umur dan tahap kecergasan.

3-Kesan cuaca panas kepada kesihatan berkaitan adalah termasuk;

a.Keletihan atau kelesuan akibat dari panas (heat fatigue)
b.Pitam atau pengsan akibat dari panas (heat syncope)
c.Kekejangan akibat dari panas (heat cramps)
d.Keletihan atau kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion)
e.Strok akibat panas (heat stroke)

Iklan
Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

4-Tanda dan gejala kesihatan berkaitan dengan panas boleh dilihat menerusi gejala-gejalanya. Jangan ambil mudah!
Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan disebabkan suhu panas adalah pelbagai bergantung kepada tahap keadaan sesuatu masalah itu. Awas peka tanda-tanda ini:
a)Sakit kepala
b)Keletihan
c)Tumpuan lemah atau tidak dapat fokus
d)Pening kepala
e)Lemah otot–otot badan atau kekejangan
f)Mual dan muntah
g)Pada tahap yang terlalu teruk, individu boleh mengalami dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan koma (tidak sedarkan diri).

5-Paling menakutkan cuaca panas esktrem mengakibatkan maut ekoran strok haba dan boleh kerosakan organ badan seperti ginjal, otak, jantung dan hati.

6-Kumpulan yang paling berisiko terkesan dengan suhu panas ini ialah
-Individu yang terlibat dalam kegiatan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera dan lain-lain.
-Orang dewasa berumur 40 tahun berisiko 10 kali ganda berbanding dengan orang yang lebih muda.
-Kanak-kanak lima tahun ke bawah
-Mereka yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung
-Mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)

7-Bagaimanakah kita boleh mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat daripada cuaca panas? Mencegah adalah baik daripada mengubati terutamanya untuk mereka yang berisiko tinggi, dinasihatkan untuk berhati-hati.

8-Antara tip pencegahan impak cuaca panas:
-Minum air dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti anda.
-Jangan tunggu hingga anda dahaga.
-Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
-Berada di dalam rumah atau bangunan
-Hadkan aktiviti luar
-Berehat dengan kerap
-Mandi atau buka kipas angin untuk menyejukkan badan
-Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang, dan longgar.
-Pakai topi atau payung yang besar
-Elakkan minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
-Jangan membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup.
-Hindari bersenam dalam cuaca panas

9-Jika mengalami tanda-tanda kemudaratan disebabkan oleh cuaca panas, anda dinasihatkan untuk melakukan langkah berikut:
-Keluar dari kawasan yang panas
-Tanggalkan pakaian yang ketat
-Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
-Gunakan kipas untuk menyejukkan badan
-Minum air setiap 15 minit
-Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

10-Jika anda mengalami gejala ini, bermakna anda mengalami kekejangan otot akibat cuaca panas. Dapakan rawatan hospital segera!
-Panas, kulit kering, tetapi tidak berpeluh
-Kekeliruan atau kebingungan
-Kerap muntah
-Susah bernafas

Iklan

Baca juga: Hanya 15 minit, badan boleh diserang strok haba. Waspada!

Sumber: Met Malaysia, Sinar Harian, MyHealth

Kredot foto utama: Freepik 1, 2, 3

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi