Mudahnya cuci karpet jadi macam baru ikut petua bibik, guna mop dan tiga bahan ini
KARPET atau permaidani antara kemasan lembut mesti ada di setiap rumah. Hamparan karpet mampu mengubah persekitaran dan mood ruang kediaman.
Bukan sahaja beli dan bentangkan, kebersihannya perlu dijaga. Kalau kurang diselenggara, silap langkah karpet boleh jadi lubuk habuk dan sarang kuman, hati-hati ya!
Selain mencucinya secara berkala setiap enam bulan sekali, ini adalah cara yang paling mudah untuk mencucinya.
Baca juga: Petua stok cili boh tahan berbulan tak berkulat, masukkan bahan ini masa rebus & blender
[caption id="attachment_113524" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]
Perkongsian Syarifah Farhana Syed Fadzil atau Fana ini memang misalnya boleh dilakukan seminggu sekali. Cara membersihkannya agak rare iaitu menggunakan mop.
"Siapa yang pernah mop karpet? Kelakarkan mop karpet? Fana tahu karpet boleh dimop daripada sorang maid. Apabila dia mop karpet, Fana tanye diakarpet boleh mop ya?. Jawbnya ya, boleh dimop untuk membasmi habuk. Biasanya selepas vakum pasti ada habuk dan kuman.
"So dari situ Fana belajar setiap seminggu sekali mop semua karpet yang ada dalam rumah. Semput jugakmacam nak tercabut jantung tapi selepas mop tu anda akan rasa macam karpet baru yang bersih dan bebas kuman,” jelasnya.
Baca juga: Teknik mudah cuci sofa kotor atau bertompok, hanya guna air panas, tudung periuk
PETUA BERSIHKAN KARPET MENGGUNAKAN MOP
Bahan-bahan
Air panas
2 sudu besar garam
1 penutup cecair pembasmi kuman Dettol
Langkah demi langkah
1-Sediakan air panas. Anda boleh menggunakan air panas daripada penapis air atau boleh menjerangnya hingga mendidih di atas api. Kuantiti minimumnya adalah sekadar tenggelam mop. Namun lebih banyak air panas, lebih bagus.
2-Selepas air mendidih, tuangkan ia ke dalam baldi mop dengan berhati-hati.
3-Kemudian masukkan garam dan cecair pembasmi kuman Dettol.
4-Selepas itu anda perlu memerah mop sehingga kering atau tiada air yang menitik. Elakkan memerah menggunakan tangan kerana ia panas!
5-Bolehlah mula mengemop serata permukaan karpet anda.
6-Jangan lupa pastikan anda menggerakkan mop dengan sedikit tekanan.
7-Namun anda diingatkan agar tidak menggunakan mop lantai untuk tujuan ini. Sediakan mop khas untuk permaidani.
5 TIP PENJAGAAN KARPET KEDIAMAN
- Vakum dengan kerap. Jika ia kerap dipijak, vakum sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
- Jika karpet yang jauh daripada kawasan tumpuan bolehlah divakum seminggu atau dua minggu sekali.
- Cuci segera jika tertumpah makanan, minuman atau terkena kencing haiwan.
- Hantar permaidani anda dicuci di kedai 12 bulan hingga 18 bulan sekali.
- Elakkan karpet terkena cahaya matahari secara terus kerana ia boleh mencacatkan warnanya dalam jangka masa Panjang.
- Jika vakum anda tidak mempunyai kuasa sedutan yang kuat untuk menyingkirkan kotoran, anda boleh menggantungkan karpet di luar rumah dan memukulnya dengan kayu. Habuk dan bau hapak akibat kelembapan akan hilang.
Baca juga:Jimat! Tak perlu beli baru, ini 5 cara tajamkan pisau blender yang tumpul
Sumber: Syarifah Farhana Syed Fadzil via Petua Ibu, simpleflooringco, Big Red Carpet