Lebih 2,200 share, ini resipi aiskrim Malaysia cream cheese untuk 60 batang, enak & gebu disukai ramai

Iklan
1

Lebih 2,200 share, ini resipi aiskrim Malaysia cream cheese untuk 60 batang, enak & gebu disukai ramai

AISKRIM Malaysia memang kegemaran ramai terutama ketika cuaca panas.

Iklan
Iklan

Adunan pelbagai berperisa diisi ke dalam plastik memanjang sebelum dipintal kemudian dibekukan. Memang sedap, bukan sahaja sebagai kudapan tetapi boleh menyejukkan badan.

Trend aiskrim homemade perisa Choki Choki, Sumi dan Nutella sudah lama berlalu, kini timbul pula aiskrim Malaysia berintikan krim keju.

Iklan

Baca juga: Lebih 1,200 share, resipi Aiskrim Soda Sakura tular, sedap dan berais halus

[caption id="attachment_114946" width="800"] Kredit foto: Facebook Nurul Zainuddin[/caption]

Iklan

 

Aiskrim Malaysia memang sedia sedap, makin bertambah enaklah jawabnya. Resipi ‘hot selling’ yang dikongsikan oleh pengusaha aiskrim Malaysia, Nurul Zainuddin ini boleh anda dicuba. Confirm menjadi!

"Rezeki ALLAH nak bagi, sekarang saya jadi penjual aiskrim Malaysia. Ini antara aiskrim yang laris.

"Aiskrim berperisa dengan filling cream cheese, setiap warna tu perisa yang berlainan,” kongsinya.

Menurut Nurul, resipi ini akan menghasilkan 50 hingga 60 batang aiskrim mengikut saiz plastik yang digunakan.

Baca juga: Comelnya & sedapnya puding sumi, ini resipi untuk 25 bekas, simple tapi laku keras

[caption id="attachment_114945" width="800"] Kredit foto: Facebook Nurul Zainuddin[/caption]

AISKRIM MALAYSIA BERINTI CREAM CHEESE

Bahan-bahan

Bancuhan susu

2 tin susu cair [BELI DI SINI]

2 tin susu pekat [BELI DI SINI]

10 tin air masak

Sedikit garam dan gula

Emulco (apa sahaja perisa yang disukai. Contohnya emulco pandan untuk aiskrim pandan cheese)

Bancuhan inti

500 gram cream cheese (dicadangkan jenama Tatura) [BELI DI SINI]

2 sudu besar susu pekat [BELI DI SINI]

Piping bag [BELI DI SINI]

Plastik aiskrim secukupnya [BELI DI SINI]

Cara penyediaan

1-Masak 10 tin air bersama dua tin susu pekat dan dua tin susu cair.

2-Kacau sehingga sebati dan masukkan sedikit garam dan gula untuk dapatkan rasa lemak manis.

3-Masak adunan sehingga mendidih dan kemudian asingkan bancuhan susu untuk diletakkan emulco atau perisa.

4-Bancuhan ini banyak. Jadi anak boleh mempelbagaikan perisa yang digemari.

5-Sementara menunggu bancuhan susu sejuk, bolehlah sediakan bancuhan cream cheese.

Baca juga: Mudahnya buat tortilla wrap homemade, hanya 5 bahan sedap & mengenyangkan, jimat duit

6-Satukan 500 gram cream cheese bersama dua sudu besar susu pekat.

7-Putar atau kacau kedua-dua bahan ini sehingga kembang.

8-Apabila siap masukkan cream cheese ke dalam piping bag. Picitkan ia ke dalam plastik aiskrim.

9-Ratakan cream cheese yang dipaipkan.

10-Apabila bancuhan susu sudah sejuk, isikan ia kedalam plastik aiskrim yang sudah dipaipkan cream cheese tadi. Kemudian pintal bahagian hujungnya.

Baca juga: Cara bancuh kopi latte ala kampung paling kaw. Buat banyak simpan dalam peti sejuk. Lagi lama lagi sedap!

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Zainuddin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi