Cara bancuh kopi latte ala kampung paling kaw. Buat banyak simpan dalam peti sejuk. Lagi lama lagi sedap!

PEKENA kopi secawan antara rutin harian buat penggemar minuman tersebut.

Rasa tidak lengkap rutin harian jika awal-awal pagi tidak mengopi, kan?

kafe dalam gua
Kredit foto: Chevanon Photography

Aroma daripada minuman itu memang akan membuatkan pencinta kopi tidak sabar untuk menikmatinya.

Ayuh, cuba cara ini untuk membuat sendiri kopi latte ala kampung hasil idea seorang pengguna media sosial, Madihah Hamid

Baca ni Patutlah air sirap orang dulu-dulu sedap dan lain daripada yang lain. Rahsianya kena letak rempah. Memang rare!

Menurut Madihah, kopi berkenaan telah membuatkan seluruh ahli keluarganya ketagih untuk meneguknya hampir setiap hari.

“Mengopi jom. Kopi latte ala kampung.

Air kopi ni jadi ketagihan seisi keluarga saya,” ujar Madihah.

Menariknya, resipi wanita itu tidak menggunakan kopi yang mahal.

Sebaliknya, hanya membancuh serbuk kopi kampung daripada sebarang jenama.

Baca ni Makan bertambah dengan Ketam Bunga Masak Lemak Nenas Cili Api resipi turun-temurun keluarga cef ini

Paling penting, cara dan bahan yang digunakan simple dan mudah.

Pun begitu, hasilnya cukup kaw dan bikin teringat-ingat.

Berikut resipi yang dikongsikan Madihah:

RESIPI KOPI KETAGIH

BAHAN-BAHAN
2 sudu serbuk kopi (apa-apa jenama kopi kampung)
600ml susu segar (Paling sedap Meadow, Farm Fresh, Ducth Lady)
3 sudu gula melaka
400ml air

CARA PENYEDIAAN:
– Masakan kopi sehingga berbuih (gelegak).

Iklan

– Biarkan dalam seminit (dalam keadaan gelegak)

– Tutup api, tuang dalam jug sambil tapis serbuk kopi, masukkan gula,panaskan susu sehingga sedikit berbuih di tepi periuk.

– Setelah itu tutup api, tuangkan air kopi dan susu dalam jug. Tuangkan secawan untuk di minum, selebihnya simpan dalam peti,

Iklan

 

– Lagi lama dalam peti lagi sedap. Ia di panggil sebagai peram kopi.

– Apabila nak minum, hanya panaskan sebentar..

Baca lagi Resipi Kari Ayam Hijau Goa tapi tak guna rempah kari. Macam mana tu? Kena cuba, memang sedap! 

Selamat mencuba

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.