Wanita hamil jangan pandang remeh tekanan darah tinggi, risiko sawan, pendarahan otak & tumbesaran baby terbantut

Iklan
HAMIL LUAR RAHIM (9)

Wanita hamil jangan pandang remeh tekanan darah tinggi, risiko sawan, pendarahan otak & tumbesaran baby terbantut

IBU-IBU sekalian, jika anda hamil dan tekanan darah melebihi 140/90 mmHg, maka kalian perlu risau.

Iklan
Iklan

Tekanan darah tinggi sewaktu kehamilan membawa risiko mudarat besar kepada ibu dan anak.

Sebab itulah ketika pemeriksaan antenatal (kehamilan) doktor atau jururawat sangat cerewet bab paras tekanan darah ni.

Iklan

Terlebih sikit pun, mereka akan akan bising. Mereka bising sebab khuatir.

Apa yang mereka khuatirkan?

Iklan

Antaranya adalah eklampsia, iaitu keadaan di mana ibu hamil mengalami sawan kerana tekanan darah tinggi.

Keadaan ini pula boleh menyebabkan komplikasi berikut;

  • Kerosakan buah pinggang (ibu)
  • Darah beku (ibu)
  • Abruptio placenta (uri terpisah dari rahim)
  • Pendarahan otak (ibu)
  • Masalah pernafasan (ibu dan/atau anak)
  • Tumbesaran terbantut (anak)
  • Kematian (ibu dan/atau anak)

Baca juga Ibu hamil punyai tekanan darah tinggi, diabetes lebih mudah diserang strok

[caption id="attachment_115445" width="800"] Gambar fail.[/caption]

Macam mana nak elakkan?

  1. Sebelum berlaku eklampsia, ada tanda-tanda awal yang berlaku. Tanda-tanda awal ini kita gelarkan pra-eklampsia. Tanda-tandanya adalah tekanan darah tinggi dan protinuria.
  2. Tekanan darah tinggi ini bermaksud, tekanan sistolik melebihi 140 mmHg, manakala tekanan diastolik melebihi 90mmHg. Protinuria pula adalah kehadiran protin di dalam air kencing. Sepatutnya tiada.
  3. Ibu-ibu hamil juga perlu tahu bahawa sewaktu pra-eklampsia, kalian berrisiko mendapat komplikasi yang serupa dengan komplikasi eklampsia. Jadi ia sangat dikhuatirkan oleh doktor.
  4. Tambahan pula, pra-eklampsia ni kadang-kadang tak ada apa gejala yang nyata. Kalau tak periksa tekanan darah dan buat ujian air kencing, maka akan terlepas pandang perkara ni. Tahu-tahu dah diserang sawan.

Baca juga Stres potensi diabetes, darah tinggi. Amalkan 3 tip mudah ini

Kalau tekanan darah tinggi sewaktu hamil, apa rawatannya?

  • Doktor akan mulakan ubat darah tinggi yang sesuai. Jika wanita yang memang ada tekanan darah tinggi sebelum hamil, kadang-kadang perlu tukar ubat yang lebih sesuai dan selamat untuk kehamilan.
  • Kalau tak kawal, mungkin dimasukkan ke wad. Doktor juga akan teruskan pantau tekanan darah, paras gula, ujian air kencing, fungsi buah pinggang, pembesaran janin dan lain-lain.
  • Kalau tekanan darah masih membimbangkan, dan kehamilan dah cukup bulan (melebihi 38 minggu), maka doktor akan rancang untuk kelahiran segera. Ini bagi memastikan keselamatan ibu dan bayi.

Jadi, jika kalian hamil jangan tuang temu janji antenatal. Demi keselamatan kalian dan kandungan.

Baca juga Gerunnya! Dr Malar dedah komplikasi teruk akibat tak makan ubat darah tinggi, ramai pula share pengalaman sama ahli keluarga

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!