Berita baik! Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga bakal dikreditkan sebelum Aidiladha, 5 info penting

Iklan
1

SUMBANGAN Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif kerajaan di bawah konsep Payung Rahmah.

Ia bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Iklan
Iklan

Buat penerima STR, ada berita baik untuk anda kerana pembayaran fasa ketiga akan dikreditkan tidak lama lagi.

Baca juga: Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diminta kemas kini data peribadi sebelum 31 Mac, 10 info perlu tahu

Iklan

[caption id="attachment_104157" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]

Berikut adalah lima info berkaitan anda perlu tahu:

Iklan

1-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan STR fasa ketiga akan dibayar kepada penerima sebelum sambutan Hari Raya Haji.

2-Pembayaran tersebut melibatkan peruntukan melebihi RM2 bilion yang memanfaatkan lapan juta penerima di seluruh negara.

3-Berikut adalah jumlah bayaran mengikut kategori dan bilangan:

4-Sementara itu, (bayaran) e-Tunai Belia Rahmah RM200 dalam kepada belia berusia 18 sehingga 21 tahun akan disalurkan sebelum minggu ketiga bulan ini.

5-Sebelum ini, sebanyak RM3 bilion daripada Belanjawan 2023 telah dimanfaatkan sebagai bayaran fasa pertama dan kedua STR yang melibatkan 8.7 juta penerima.

Baca juga: Berita baik! Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mulai 5 April, berikut info wanita perlu tahu

Baca juga: Kronologi RM109,000 Bantuan Awal Persekolahan lesap, guru besar patut diiring

[caption id="attachment_104158" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]

Dalam perkembangan terbaru, status lulus STR boleh mula disemak di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ pada 26 Jun 2023 manakala pembayaran akan dibuat secara berperingkat mulai tarikh di atas.

Kepada yang ingin mengemukakan rayuan, anda boleh berbuat demikian bermula 3 Julai hingga 31 Julai 2023.

Rayuan boleh dibuat secara dalam talian atau menggunakan borang kertas di kaunter Lembaga hasil Dalam Negeri.

Berdasarkan pembayaran STR fasa pertama, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat.

Pembayaran secara tunai pula akan dilaukan di kaunter Bank Simpanan Nasional.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Berita baik! Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dikreditkan 17 Januari, 10 info perlu tahu

Sumber: Bernama, budget.mof.gov.my, " target="_blank" >LHDNM

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi