PERDANA Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik pada 24 November 2022 selepas pilihan raya umum ke-15. Berusia 75 tahun, Anwar memiliki karisma dan kepimpinan yang mengagumkan dalam perjuangannya sendiri.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melantik Ahli Parlimen Tambun itu sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Baca juga: Setelah 24 tahun, ucapan syahdu Nurul Izzah kepada bapa tersayang tarik perhatian warga maya

lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri akan berlangsung pada jam 5.00 petang di lstana Negara hari ini.

“Seri Paduka Baginda mengingatkan kepada semua pihak bahawa yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua.

“Justeru, bagaikan biduk lalu, kiambang bertaut, hulurkan tangan antara satu dengan yang lain bagi merapatkan semula saf antara semua ahli-ahli Dewan Rakyat demi masa depan negara tercinta,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin.

 

Menurut Ahmad Fadil, Seri Paduka menitipkan pesanan kepada Perdana Menteri dan kerajaan baharu yang bakal dibentuk agar mengambil resmi padi iaitu ‘semakin berisi semakin tunduk’.

Siapakah gerangan tokoh yang bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim ini? Berikut 10 menarik mengenai beliau:

1-Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

2-Bapanya, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman ialah bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan.

3-Manakala ibunya, Che Yan Abdul Hamid Hussein ialah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO.

Baca juga: Manis bertudung bawal, perkahwinan sederhana, ringkas Nurul Izzah jadi perhatian warga maya

Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bersama cucu-cucunya

4-Anwar mendapat pendidikan awal di Bukit Mertajam Boys School, Pulau Pinang.

5-Beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966.

6- Pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).

7-Beliau berkahwin dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Datuk Ismail pada 26 Februari 1980 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Nurul Iman, Nurul Hana, Nurul Ilham dam Muhammad Ihsan.

Baca juga: Kembali bergelar isteri, hati Nurul Izzah kini dimiliki Yin Shao Loong, 10 fakta menarik mengenainya

8- Datin Seri Dr Wan Azizah yang baharu sahaja memenangi kerusi Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada PRU15 pernah mencipta sejarah sebagai wanita pertama di Malaysia dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Baca juga: 10 fakta anak bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10, bijak, cantik, berjaya

9-Anak sulung mereka, Nurul Izzah pernah dilantik sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan Permatang Pauh, Pulau Pinang.

10-Berpengalaman luas dalam menerajui pelbagai kementerian, Anwar pernah menjawat pelbagai posisi penting di dalam kabinet Malaysia seperti berikut:

  • 1982−1983: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • 1983−1985: Menteri Belia dan Sukan
  • 1985−1986: Menteri Pertanian
  • 1986−1990: Menteri Pendidikan
  • 1990−1998: Menteri Kewangan
  • 1993−1998: Timbalan Perdana Menteri

Bukan calang-calang ketokohan dan pengalaman Datuk Seri Anwar Ibrahim miliki sehingga beliau dilantik menerajui kepimpinan negara.

Ternyata pada bahu seorang pemimpin tergalas tanggungjawab, harapan dan impian rakyat, semoga dapat dilaksana sebaiknya.

Sumber: Bernama, Sinar Harian, 1

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan