MUNGKIN ramai yang fikir tandas ialah tempat paling kotor di rumah kita.
Bagaimanapun, dapur juga boleh menjadi salah satu tempat pembiakan pelbagai jenis kuman.
Keadaan itu akan berlaku sekiranya span pencuci pinggan mangkuk yang kita biasa guna untuk membersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu bayi, periuk, sudu dan garpu tidak ditukar atau dibersihkan.
Menurut Public Health Malaysia (PHM), terdapat pelbagai jenis bakteria berbahaya dijumpai melekat pada span yang digunakan untuk membersihkan perkakas dapur.
[caption id="attachment_116923" width="300"] SUMBER Cottonbro Studio daripada PEXELS.[/caption]
"Kajian telah menunjukkan kuman masih wujud walaupun ia direndam dalam sabun pinggan dan boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas anda.
"Anda dan keluarga juga berisiko untuk mendapat cirit-birit jika tidak bernasib baik,” kata PHM di laman Facebook mereka.
[caption id="attachment_116925" width="267"] SUMBER Liliana Drew daripada PEXELS.[/caption]
Untuk menyuntik kesedaran kepada orang awam, PHM turut berkongsi cara yang betul untuk membersihkan kelengkapan dapur tersebut.
Jom ikuti tip membersihkan span:
1) Rebus selama lima minit.
2) Masukkan span ke dalam air berisi peluntur dan panaskan di dalam microwave selama dua minit.
3) Beli span baharu. Ia wajib ditukar setiap tiga minggu sekali. Lebih baik, seminggu sekali atau apabila sudah berbau busuk.
Sementara itu, majalah Better Homes and Garden, Amerika Syarikat mencadangkan peralatan pencuci pinggan itu dicuci menggunakan cuka.
Katanya, span boleh direndam di dalam cuka selama lima minit sebelum dibersihkan menggunakan air suam dan dibiarkan kering.
[caption id="attachment_116926" width="599"] SUMBER Kampus Production daripada PEXELS.[/caption]
Selain mampu membersihkan span, Better Homes and Garden berkata, cuka juga boleh digunakan untuk membersihkan ketuhar gelombang mikro, singki dan kepala pancuran mandi.
Baca juga: Span cuci pinggan ada 45 juta bakteria jika tidak kerap ditukar, ini penjelasannya
Berdasarkan tip yang dikongsikan, tak susah pun nak bersihkan peralatan rumah tersebut.
Langkah kecil yang kita ambil dapat melindungi keluarga tersayang daripada serangan penyakit.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!