KEPALA air adalah fenomena yang digeruni terutama bagi mereka yang menggemari aktiviti rekreasi air di jeram dan sungai.
Gelombang air dalam skala besar seperti mini tsunami ini mengalir deras dari puncak air terjun ke hulu sungai.
Ranting kayu, batang kayu, batu sungai adalah antara halangan yang akan menjadikan ia bertekanan tinggi. Apabila ‘benteng’ ini pecah, maka kepala air terbentuk.
Ia lazimnya kerap berlaku pada peralihan monsun ketika hujan lebat.
Bencana kepala air yang menimpa 10 individu di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu baru-baru ini menjadi perhatian ramai.
[caption id="attachment_118559" width="800"] Perhatikan kawasan sekeliling sebelum memilih lokasi mendirikan khemah atau stesen. (Kredit foto: Freepik)[/caption]
Justeru, sama-samalah kita berwaspada dan mengambil pengajaran.
Penasihat Urban Preppers Malaysia dan penggiat aktiviti survival, Nor Fahmy Mohamad Jilani berkongsi beberapa tip keselamatan nelakukan aktiviti di sungai yang diamalkan secara peribadi.
"Kita ambil iktbar apa yang berlaku.
"Saya kongsikan tips keselamatan mandi sungai ini saya amalkan terutamanya ketika melakukan aktiviti di kawasan sungai yang tidak pernah kunjungi sebelum ini,” ujarnya.
Baca juga: Kepala air ragut nyawa dua pendaki di Gunung Suku, berikut kronologi kejadian
[caption id="attachment_118556" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]
Berikut langkah keselamatan digunakan beliau:
1.Apabila sampai ke kawasan sungai, bertanya kepada orang tempatan atau peniaga di sekitar jika sungai tersebut kerap berlaku kepala air. Jika ada pengunjung biasa ke sana, mereka tentu akan mudah berkongsi lebih banyak maklumat dan tip, seperti kawasan berbahaya dan sebagainya.
2.Sebelum melangkah masuk ke sungai, lihat kawasan tebingnya. Perhatikan kesan-kesan paras ketinggian ketika air pasang. Kenal pasti dari kesan sisa daun dan ranting yang tersangkut yang kelihatan seperti satu paras garisan pada tebing sungai.
3.Sebelum memulakan aktiviti, anggarkan kedalaman sungai itu. Logiknya, jika ada spot air gelap, maka di situ parasnya agak dalam manakala batu yang gelap pula bermakna ia berlumut dan licin. Kalau boleh, pakai kasut untuk aktiviti air.
5.Semasa mandi, pastikan anda menghadap ke arah aliran air datang atau pandang ke hulu sungai supaya boleh melihat bahaya yang datang. Sama ada kepala air, haiwan dalam air yang bergerak bersama air atau kehadiran kayu-kayu tajam.
[caption id="attachment_118561" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]
6.Sebaiknya pakai wisel di leher. Jika anda nampak bahaya, boleh meniupnya dengan kuat untuk memberi amaran kepada orang lain.
7.Kawasan yang dipilih untuk mandi pastikan anda boleh memandang arah air datang dengan jelas, lebih kurang 50 hingga 100 meter ke hadapan. Dengan cara ini, anda boleh melihat sekiranya ada kepala air tiba dari jauh. Elakkan daripada mandi di selekoh.
8.Kalau ada anak kecil, sentiasa perhatikan mereka. Pastikan tidak berada jauh daripada anda agar boleh mereka dicapai cepat sekiranya berlaku kecemasan.
10.Kalau boleh sediakan tali, boya atauapa sahaja yang boleh digunakan untuk menyelamatkan ahli keluarga dan orang lain.
11.Jika ingin berkhemah atau meletakkan buka kerusi terutama bagi trip bermalam, saya tidak akan station di tepi sungai yang sama parasnya dengan aras air sungai.
12.Pakai baju terang kerana sekiranya terperangkap di dalam air, mudah dilihat dan diselamatkan.
Baca juga: Tular video kepala air, arus deras di Lata Berangin, ramai doakan penduduk di Kelantan
[caption id="attachment_118560" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]
Baca juga: [VIDEO] Kanak-kanak terperangkap kepala air muncul tiba-tiba, bomba kongsi video menyelamat
Manakala Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Aminurrahim Mohamed turut mengeluarkan peringatan berkaitan aktviti rekreasi air.
Berikut tip dikongsikan:
1.Orang ramai diminta melaporkan kepada balai polis berhampiran jika mahu melakukan aktiviti dan pergerakan seperti berkhemah atau beriadah di kawasan jeram, air terjun atau lokasi rekreasi air yang bukan kawasan rekreasi awam.
2.Anda juga perlu sentiasa mengambil tahu situasi cuaca di lokasi dituju dan memastikan kawasan perkhemahan didirikan di tapak dan jarak selamat dari gigi air.
4.Anda yang mahu melakukan aktiviti sedemikian juga diminta memastikan diri dan ahli keluarga dalam keadaan sihat.
5.Orang ramai perlu peka mengawasi aktiviti ahli keluarga, terutama anak-anak di dalam air serta mengesan sebarang perubahan air seperti paras ketinggian, warna, kederasan dan keberadaan puing-puing asing yang timbul di permukaan air.
[caption id="attachment_118557" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]
6.Perubahan itu antara petunjuk untuk mengesan sebarang kemungkinan bahaya yang boleh berlaku dan membolehkan mereka yang berkhemah mengambil langkah keselamatan awal mencegah kejadian kepala air seperti di Jeram Mawar Air Putih, Kemaman.
7.Aminurrahim mengingatkan orang ramai lebih berwaspada dengan impak angin kencang dan hujan lebat yang boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh, kepala air, kerosakan struktur serta pokok tumbang, bukan sahaja di lokasi rekreasi awam, malah di kawasan awam dan kediaman.
8.Ia susulan ramalan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengenai fenomena angin baratan yang dijangka berterusan sehingga 5 Julai 2023.
Sumber: Urban Preppers Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam
Kredit foto utama: Freepik 1, 2
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!