Tular video kepala air, arus deras di Lata Berangin, ramai doakan penduduk di Kelantan

A
A
A

AIR terjun Lata Berangin, Kuala Krai, Kelantan umpama dilanda tsunami kecil ekoran keadaan air deras luar biasa berlaku di kawasan rekreasi terkenal di daerah itu pagi tadi.

Menerusi perkongsian video berdurasi 21 saat yang tular di aplikasi TikTok dan Twitter, orang ramai meluahkan rasa takut dan bimbang melihat situasi berkenaan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Rata-rata antara mereka menitipkan doa kesejahteraan buat semua penduduk di sana.

Video berkenaan memaparkan keadaan hujan dan berangin kencang menyebabkan air terjun mengalir dengan deras.

Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin, ini kejadiannya;

1. Kepala air berkenaan terjadi berikutan hujan lebat dan air dari sungai di daerah Gua Musang serta Terengganu yang turun ke lokasi itu.

2. Pertembungan itu menyebabkan keadaan air sangat deras dan dikategorikan sebagai kejadian kepala air yang kecil berikutan tidak membawa kayu atau kayu balak bersama-samanya.

Lata Berangin Air terjun

3. Kejadian berkenaan menyebabkan beberapa kampung di lokasi itu iaitu perkampungan Lata Berangin dan Mengkebang dinaiki air.

4. Setakat ini, penduduk di lokasi itu tidak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana kawasan mereka hanya berlaku banjir kecil sahaja.

Baca juga Waspada, amaran hujan berterusan, banjir diramal di 4 buah negeri mulai 31 Disember

5. Namun, jika hujan berterusan kemungkinan kampung yang rendah akan dinaiki air.

6. Pihaknya sentiasa membuat pemantauan dan akan memindahkan mangsa dengan segera jika kediaman mereka dinaiki air.

7. Rizwan menasihatkan penduduk supaya bersiap sedia untuk berpindah dengan meletakkan dokumen penting dan barang berharga di tempat yang selamat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca