Faezah Elai sanggup perlahankan kerjaya demi anak-anak. Tiada istilah diskriminasi dengan anak tiri!

Iklan
Untitled design (50)

FAEZAH Elai merupakan susuk yang cukup disenangi penulis. Selain peramah dan mudah mesra, beliau juga tidak lokek berkongsi cerita.

Biarpun sedar diri tidak popular seperti artis lain, namun isteri kesayangan Heykal Hanifah itu bersyukur kerana namanya masih tetap diingati.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, tuan punya badan hadir ke Studio A, Sinar Karangkraf, Shah Alam, Selangor bagi memenuhi lamaran kami sebagai penghias muka hadapan. Beliau setia ditemani suami tersayang.

Iklan

Sambil wajah ditatarias oleh jurusolek Ain Said, penulis terus melontarkan soalan demi soalan.

"Sejujurnya, saya memang jarang muncul di kaca TV kerana mahu fokus kepada anak-anak dan keluarga. Pun begitu, tidaklah berhenti terus, dalam setahun adalah satu atau dua drama yang saya bintangi. Cuma saya memilih watak dan jalan cerita supaya tidak mengganggu masa dengan anak-anak,” ujarnya.

Iklan

Baca ni 'Kehadiran Hana telah banyak mengubah prestasi diri dan sumber kekuatan saya'. Ucapan tulus Da‘i Syed kepada isterinya

Kelebihan bergelar isteri kepada pengarah terkenal, bagaimanapun tidak pernah diambil kesempatan oleh Faezah, biarpun ada yang berpandangan sedemikian terhadapnya.

"Memang ada yang menganggap saya mudah dapat tawaran berlakon kerana suami. Kalau diikutkan memang suami suka saya berlakon, cuma saya yang enggan. Sebaliknya, saya mahu fokus pada rumah tangga.

"Bab kerja belakang tabir, cukuplah suami seorang jadi pengarah. Saya lihat beliau bekerja pun sudah penat. Sementelah, saya tiada kesabaran sepertinya. Jadi, cukuplah sekadar menjadi pelakon sahaja,” katanya sambil tertawa kecil.

Memulakan kerjaya awal sebagai model dan pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja 2005/2006, kata Faezah, penggunaan media sosial kini membuatkan beliau begitu berhati-hati.

"Dengan ledakan teknologi media sosial kini membuatkan saya tidak mahu terlalu menonjol. Kalau ada cerita sekali pun, biarlah mengenai hal kerjaya sahaja.

"Saya tidak mahu apabila orang terlalu mengenali, nanti macam-macam yang ditulis atau komen yang menghentam. Saya simpati dan kasihan bila anak-anak baca,” ungkapnya.

Sambung beliau, zaman sekarang semua orang berlumba-lumba mahu menjadi 'terpaling' cepat menyampaikan berita.

"Kalau dahulu yang menulis berita hanyalah wartawan. Kini, sesiapa pun boleh berbuat demikian. Ada yang tulis seolah-olah mereka sudah berada lama dalam industri.

"Jadi, saya tak mahu mengguris hati anak-anak apabila mereka membaca sesebuah penulisan dalam media sosial tentang ibu mereka,” ujar graduan Diploma Rekaan Fesyen, Universiti Teknologi MARA Malaysia itu lagi.

Baca ni 'Lelaki yang kuat & hebat itu seorang penyabar.' Teruja bergelar bapa, Ikmal Amry mahu miliki anak ramai

Seiring berjalannya waktu, tanpa disedari Faezah sudah 17 tahun berada dalam industri seni. Apa yang boleh dikatakan, auranya tetap terserlah. Itu fakta yang sukar dinafikan.

Masakan tidak, empunya diri terpilih menjadi wajah kempen untuk jenama Mawar Cotton baru-baru ini.

"Alhamdulillah, itu adalah rezeki terindah. Berkat berlapang dada dan sentiasa mengutamakan anak-anak dan keluarga, masih ada yang menagih komitmen saya. Kalau diikutkan, hubungan kami (dengan jenama Mawar Cotton) taklah rapat. Saya pernah buat reviu produk mereka waktu pandemik Covid-19.

"Baru-baru ini, kami bertemu kembali selepas saya mengadakan penggambaran untuk tudung dan mereka juga menggunakan jurugambar yang sama. Dari situlah hubungan kami kembali bertaut,” kongsinya yang masih mengekalkan pemakaian tudung bawal kerana disifatkan lebih sopan dan tampak lebih muda.

Tegas & tiada diskriminasi

Tidak keterlaluan untuk penulis katakan, Faezah ialah antara contoh ibu terbaik dalam kalangan selebriti di Malaysia.

Kepada yang mungkin tahu, sudah terlupa atau barangkali juga tidak tahu-menahu langsung, pelakon jelita itu mempunyai tiga orang anak tiri (Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam) dan dua anak perempuan hasil perkahwinannya dengan Heykal.

Mereka ialah Dealova Heyrinna yang kini berusia 10 tahun dan Auroroa Heyrinna, 7.

Awal-awal lagi Faezah menegaskan bahawa cara beliau mendidik semua anak tidak dibayangi mana-mana pihak.

Baca ni 'Waktu kecil muka mak, bila besar muka ayah.' Mat Dan kongsi wajah anak-anak. Comelnya muka mat saleh sangat!

"Setiap ibu bapa ada cara tersendiri, demikian juga saya. Jujurnya, memang saya seorang ibu yang tegas, baik kepada anak sendiri mahupun anak tiri. Cuma, cara didikan anak perempuan dan lelaki berbeza.

"Saya lebih tekankan konsep taat. Saya pesan kepada dua anak perempuan saya, mereka kena patuh dengan pendekatan itu (taat) kerana ia merupakan tuntutan agama dan bukan mengikut emosi semata-mata,” ujarnya.

Seperkara, tiada istilah diskrimasi terhadap anak-anak tiri seperti yang digambarkan dalam cerita dongeng Inggeris, Cinderella.

Hubungan bersama dengan mereka cukup rapat memandangkan kesemua tinggal sebumbung sejak kecil lagi, beritahu Faezah.

"Mereka tak anggap saya seperti ibu tiri. Walaupun ada yang kini sedang melanjutkan pengajian ke universiti, jika bercuti mereka akan pulang ke rumah,” ungkapnya yang saling menghubungi di antara satu sama lain.

Walaupun sedikit terlambat, penulis tetap bertanya tentang video tular Dealova dan Aurora yang fasih berbahasa Inggeris dengan slanga asli ‘mat salleh’. Gara-gara itu, warganet sampai peringkat meminta Faezah tip.

"Saya pun hairan bagaimana hal tersebut menjadi viral sedangkan ramai lagi ibu bapa lain yang berkongsi tentang anak-anak mereka, bukan anak saya sahaja fasih berbahasa Inggeris. Saya pun hanya sesekali sahaja memuat naik video mereka.

"Satu lagi, buat masa sekarang, Dealova dan Aurora memang tiada akaun media sosial sendiri, tetapi saya benarkan mereka melihat atau melayari internet seperti kanak-kanak lain," katanya.

Baca lagi 'Nak Ecah lalui momen sebagai kanak-kanak lain.' Zain Saidin tak galakkan Aaisyah bekerja, tidak mahu membesar terlalu cepat

Terlajak bercerita mengenai dua puteri cantik itu, akui Faezah, baik Dealova mahupun Aurora, kedua-duanya banyak mengikut acuan diri beliau dan suami.

"Mereka ikut baka mak ayah yang banyak cakap dan bukan pendiam. Aurora jenis yang sangat berdikari, manakala yang sulung Dealova lebih kepada sopan dan behave.

Bayangkan, kalau ada kawan yang buli kakaknya, Aurora minta bawanya bertemu dengan kawan tersebut,” kongsinya.

Tambah beliau lagi, bergaduh sesama adik-beradik adalah satu perkara biasa. Jikalau membeli barang harus sama, kalau tidak, akan berebut. Mujurlah, minat dua beradik itu sama, cuma mereka tidak suka berkongsi barangan.

Kembali bercerita tentang petua menjaga anak-anak, Faezah berkata, beliau selalu ada dengan permata hatinya.

"Kalau saya keluar shooting dan tiada di rumah, anak-anak akan telefon berkali-kali tanya bila nak balik. Tak dapat saya, mereka akan hubungi ayahnya. Siap cakap daddy cukuplah pergi kerja, kenapa nak bawa mommy sekali.

"Itu kakak punya perangai, berbeza dengan adiknya yang memang suka kalau saya tiada di rumah. Ada sahaja yang beliau nak buat,” seloroh Faezah lagi membuatkan ruang bilik mekap riuh dengan gema tawa kami.

Baca ni 'Mesti ada sebab ALLAH susun sebegini'. Datin Lisa Surihani lerai pertanyaan tentang kehilangannya dalam dunia lakonan

Diet untuk sihat, bukan kurus

Sejak dulu lagi, penulis perhatikan Faezah tetap kekal menawan. Berat badannya sentiasa ideal dan wajah pun seolah-olah tidak pernah menua.

Melepaskan tawa sebaik puji-pujian itu dilontarkan, pelakon filem Anak Manja Returns itu lantas berkata:"Saya memiliki baka Pakistan (sebelah ayah), sebab itu sejak dahulu lagi bab pemakanan dan penampilan, saya sangat titik beratkan. Justeru, saya amalkan diet 16 jam, kemudian makan sehingga lapan jam sebelum kembali berdiet.

"Awal-awal dahulu, saya ambil kopi atau teh tanpa gula. Kemudian, barulah makan nasi dan sebagainya. Nak buat diet begini kena perlahan-lahan. Sebab itu kita kena berhenti makan sebelum kenyang," katanya.

Faezah yang turut memahat nama sebagai usahawan dalam menguruskan bisnes tudung dan produk penjagaan kulit dengan jenama Purest itu menambah, pelan pemakanannya bermula pukul 9 malam hingga 1 tengah hari pada keesokan harinya.

"Lagipun malam kita tidur, jadi tak timbul isu penat dan sebagainya. Saya bukan nak kurus tetapi, nak sihat. Cara yang saya amalkan ini boleh bantu kawal perut supaya tidak lapar.

"Memang awal-awal berhempas-pulas juga, tetapi lama-lama okey dan sudah terbiasa. Cuma kalau balik kampung (Pulau Pinang) memang hilang diet saya, lepas makan baru menyesal,” ujarnya yang bercita-cita membuka kedai makan dan mengembangkan bisnes capati milik ayah tercinta.

Beliau turut ditanya mengenai diet yang diamalkan oleh suaminya yang sebelum ini tular gara-gara berjaya menguruskan badan.

Baca ni 'Saya harap hubungan baik ini berterusan sehingga ke akhir hayat'. Memey mahu silaturahim dengan Abby terus mekar

"Dahulu berat suami 120 kilogram (kg) waktu kami baru kahwin, namun alhamdulillah sudah mencapai 75kg kini. Semuanya itu kerana penyakit pneumonia dan dia pernah dimasukkan ke hospital.

"Selepas pemeriksaan, doktor minta beliau berdiet kerana ada lemak pada hati dan kolesterolnya juga tinggi. Jadi, saya gunakan alasan tersebut minta beliau jaga makan, kena kurus. Anak ada lima orang ni," kata Faezah sambil mengakui proses penurunan berat badan mengambil masa.

Tuturnya, tiga hingga empat tahun barulah berat badan Heykal konsisten seperti sekarang.

"Saya memang bantu kerana nak harapkan beliau sendiri buat memang susah dan payah, tetapi syukur berjaya juga,” ujar Pelakon Pembantu Wanita Terbaik 2011 menerusi filem Cun itu lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!