Solat tanpa memakai pakaian dalam sah atau tak? Ini wanita wajib tahu

Iklan
solat sembahyang

SOLAT tanpa memakai pakaian dalam biasa dilakukan sesetengah orang di rumah sendiri kerana dikatakan lebih mudah.

Namun, pernah tak anda terfikir perkara itu sebenarnya sah atau tidak solatnya?

Iklan
Iklan

Usah risau dan pening, ini pengetahuan untuk semua. Barulah boleh solat dengan lebih tenang.

HUKUM SOLAT TANPA PAKAIAN DALAM, BATAL ATAU SAH

Iklan

Menerusi kitab Minhaj al-Tolibin, ada menyatakan pergerakan-pergerakan anggota badan yang boleh membatalkan solat dalam mazhab al-Syafi‘i adalah yang bermaksud;

"Dan jika dia melakukan di dalam solatnya sesuatu perbuatan lain sekalipun dari jenisnya, maka terbatal solat kecuali kerana terlupa. Dan jika perbuatan itu bukan dari jenisnya, maka batal solatnya jika dilakukan dengan pergerakan yang banyak, dan pergerakan yang sedikit tidak membatalkan solat."

Iklan

Baca juga Solat yang ditinggalkan dikira hutang, wanita boleh ikut cara qada ini jika tak ingat bilangan

[caption id="attachment_87189" width="1024"] Kredit foto: Canva[/caption]

 

Mengikut ketetapan yang dibahaskan oleh mazhad Syafie, terdapat tiga kategori pergerakan banyak yang membatalkan solat dan perbezaannya dengan pergerakan sedikit;

1. Pergerakan yang banyak mestilah dilakukan oleh anggota badan yang berat seperti tangan, kaki dan kepala. Sekiranya hanya melibatkan pergerakan ringan seperti lidah, kelopak mata, bibir, zakar atau jari (tanpa menggerakkan telapak tangan seperti keadaan menggaru), maka tidak batal solat walaupun dilakukan secara berulang.

2. Pergerakan yang banyak bermakna pergerakan sebanyak tiga kali secara berturut-turut atau lebih.

Berturut-turut itu dikira apabila pergerakan kedua tidak terputus daripada pergerakan pertama dan pergerakan ketiga tidak terputus daripada pergerakan kedua.

Baca juga Sideburn wanita perlukah ditarik untuk dibasuh masa berwuduk? Ini penjelasan agamawan elak keliru

3. Pergerakan tersebut mestilah bukan termasuk daripada pergerakan yang tidak dapat mampu dikawal seperti menggaru kudis dan menggigil kerana kesejukan sebagaimana dinyatakan dalam Nail al-Raja, yang bermaksud:;

"Tidak termasuk (dalam hukum terbatal solat disebabkan pergerakan yang banyak) adalah mereka yang berada dalam keadaan darurat yang tidak mampu meninggalkan (pergerakan yang banyak kerana diluar kemampuan) seperti orang yang menghidapi penyakit kudis gatal (yang teruk).”

Jadi, hukum solat tanpa pakaian dalam adalah sah kerana pergerakan zakar dan payu dara termasuk dalam kategori pergerakan yang tidak mampu dikawal.

Baca juga Niat, syarat & cara tunai solat jamak qasar bagi musafir lebih dua marhalah, 18 info perlu tahu

Semoga bermanfaat!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!