Solat yang ditinggalkan dikira hutang, wanita boleh ikut cara qada ini jika tak ingat bilangan

SEKIRANYA seseorang itu meninggalkan solat yang telah dipertanggungjawabkan ke atasnya, maka wajib bagi dirinya untuk menggantikan solat tersebut sama ada dia meninggalkannya dengan sengaja ataupun dengan keuzuran.

Itu menurut hadis-hadis di bawah;

1. Sabda Nabi SAW yang bermaksud “Jika salah seorang dari kamu meninggalkan solat kerana tertidur atau terlupa, hendaklah dia menggantikannya apabila teringat, kerana ALLAH SWT telah berfirman: “Dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” – Riwayat Muslim (684)

2. Diriwayatkan juga daripada Anas Bin Malik R Anhu bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda;

مَنْ نَسِيَ صَلاَةً فَلْيُصَلِّ إِذَا ذَكَرَهَا، لاَ كَفَّارَةَ لَهَا إِلَّا ذَلِكَ

Maksudya: Sesiapa yang terlupa (menunaikan) satu solat maka hendaklah dia solat (sebagai ganti) sekiranya dia teringat solat itu. Tidak ada kafarah bagi solat itu melainkan itu (menggantikannya semula). – Riwayat al-Bukhari (597)

3. Al-Qurtubi menyatakan, bagi mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka majoriti ulama bersepakat bahawa ia wajib untuk menqadakan solat tersebut walaupun mereka berdosa.

Beliau berkata lagi: Perbezaan antara yang melakukannya dengan sengaja, dengan yang lupa, dan yang tidur adalah dosa. Yang melakukannya dengan sengaja maka ia telah berbuat dosa dengan meninggalkan kewajipan.

Baca juga Niat, syarat & cara tunai solat jamak qasar bagi musafir lebih dua marhalah, 18 info perlu tahu

 

Oleh yang demikian semua keadaan tersebut wajib menqadakan balik solat yang ditinggalkan.

4. Jumhur ulama berhujah dengan firman ALLAH SWT yang bermaksud dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. – (Surah Taha:14)

Tidak ada perbezaan sama ada ia dilakukan pada waktunya atau selepasnya dan hal ini merupakan perkara yang menunjukkan kewajipan.

Tambahan pula, telah disepakati kewajipan menqada bagi yang tidur dan yang lupa walaupun mereka tidak berdosa.

Oleh itu, yang melakukannya dengan sengaja maka ia lebih diutamakan.”(Lihat al-Jami’ Li Ahkam al-Quran,11/178)

Menurut perkongsian mantan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, solat merupakan salah satu rukun utama dalam agama dan tidak pernah terhapus oleh sebarang alasan.

Bagi mereka yang telah terlepas mendirikan fardu solat disebabkan tertidur atau mengabaikannya selama bertahun-tahun, sembahyang tersebut tidak terhapus daripadanya dan diwajibkan baginya untuk menggantikan balik solat tersebut.

Iklan
  • Bagi sesiapa yang meninggalkan solat dan tidak tahu bilangan yang ditinggal maka dia perlu berusaha sebaik mungkin mengingati bilangan solat yang terlepas sama ada ia berlaku dalam hari, bulan atau tahun.
  • Jika seseorang itu tidak dapat menentukan dengan pasti bilangan yang ditinggalkan, maka dia boleh menggunakan anggaran yang lebih mungkin atau hampir menurut keyakinannya.
  • Bertaubatlah iaitu dengan menyesali masa lalu dan meninggalkan kesalahan meninggalkan sembahyang dengan bertekad ​​untuk tidak mengulanginya lagi serta wajib menqhadhakan balik solat-solat yang telah ditinggalkan kerana ia merupakan hutang.

Oleh itu hutang dengan ALLAH SWT tidak dapat tidak mesti diselesaikan.

Baca juga Suami tak pergi solat Jumaat sebab nak teman isteri bersalin, Dr Zulkifli jelaskan hukumnya

Solat diterima

Diriwayatkan daripada Abdullah Bin A’bbas bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud “Maka adalah hutang kepada ALLAH itu lebih berhak untuk dilangsaikan.” – (Riwayat al-Bukhari, no. 1954)

Selalulah berdoa;

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Iklan

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”

Semoga bermanfaat!

Sumber: maktabahalbakri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang.