Niat, syarat & cara tunai solat jamak qasar bagi musafir lebih dua marhalah, 18 info perlu tahu

APABILA bermusafir lebih daripada dua marhalah, kita diberi kelonggaran untuk menjamak (menghimpun) dan mengqasar (memendekkan) solat.

Bagi yang bakal memulakan perjalanan pulang ke pangkuan keluarga di pelbagai destinasi pada jarak melebihi dua marhalah iaitu lebih kurang 89 atau 90 kilometer Aidilfitri ini, anda dibolehkan untuk menunaikan solat fardu secara jamak dan qasar.

Baca juga: Tempoh solat jamak dan qasar apabila kita dibenarkan balik kampung

Kredit foto: Bernama

ALLAH SWT memberikan rukhsah iaitu keringanan bagi umat Islam yang bermusafir untuk memendekkan solat empat rakaat kepada dua rakaat. Ini berdasarkan firman ALLAH SWT:

وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِى ٱلْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُوا۟ مِنَ ٱلصَّلَوٰةِ إِنْ خِفْتُمْ أَن يَفْتِنَكُمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ ۚ

Maksudnya :” Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa “mengqasarkan” (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir..”

(Surah al-Nisa’ :101)

Baca juga: Boleh ke tunaikan solat jamak qasar ketika mulakan perjalanan musafir lepas masuk waktu solat?

SYARAT DIHARUSKAN SOLAT JAMAK DAN QASAR
1-Anda bermusafir bukan kerana maksiat.
2-Perjalanan yang tentu tujuanya (bukan merayau tanpa tujuan)
3-Jarak perjalanan adalah melebihi dua marhalah iaitu lebih kurang 89 atau 90 kilometer

Salah faham dalam agama

15 INFO SOLAT JAMAK DAN QASAR

1-Syarat sah solat qasar ialah masuk waktu solat fardu ketika melakukan waktu musafir.

2-Perjalanan anda telah melepasi sempadan kariah, negeri atau kawasan tempat bermukim.

3-Anda boleh mengambil rukhsah solat musafir selama tiga hari tidak termasuk hari masuk dan hari keluar, selagi mana niatnya untuk menetap di tempat berkenaan selama kurang daripada empat hari.

4-Namun jika menetap lebih daripada tiga hari, maka anda tidak dibenarkan solat jamak dan qasar bermula daripada hari pertama lagi.

5-Jika perjalanan anda adalah seperti di atas, anda hanya dibenarkan melakukannya ketika di dalam perjalanan sahaja.

6-Anda juga tidak boleh mengikuti imam solat yang bermukim.

7-Syarat solat jamak takdim ialah kedua-dua solat dilakukan dengan tertib dengan mendahulukan solat empunya waktu terlebih dahulu.

8-Solat qasar ialah solat empat rakaat ( Zohor, Asar dan Isyak) dipendekkan kepada dua rakaat dengan syarat-syarat yang tertentu.

Baca juga: Pulang beraya di kampung, berapa hari sebenarnya kita boleh solat jamak dan qasar?

Iklan

Tolong jangan balik kampung! Lakukan 5 aktiviti sihat ini di rumah

9-Dalam menunaikan solat jamak qasar, solat Maghrib kekal tiga rakaat.

10-Niat jamak dilakukan dalam solat pertama (hingga sebelum beri salam)

11-Berturut-turut antara solat pertama dan kedua.

12-Masih musafir pada takbir solat kedua.

13-Syarat solat jamak takdim ialah niat takhirkan solat pertama pada waktu kedua adalah ketika masuk waktu solat pertama.

14-Anda perlulah masih musafir hingga kedua-dua solat selesai.

Iklan

15-Berikut adalah niat solat jamak qasar:

Sumber: JAKIM

Semoga Allah SWT merahmati perjalanan kita dan melindungi daripada sebarang kesusahan dan kepayahan. Selamat pulang ke kampung semua, jangan lupa berhati-hati di jalanraya.

Baca juga: Tunai solat di lorong kecemasan, apa pandangan agama Islam tentang hal ini?

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah 1 2 3 4, JAKIM, MKN

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.