'Berpuak-puak, curang, cinta lama berputik kembali...' Ada sebab rupanya ramai tak suka join reunion dengan kawan lama

Iklan
20230726_112854_0000

SEBUT sahaja reunion, pasti ramai terbayang akan pertemuan bersama kawan-kawan sekolah yang mungkin berbelas atau berpuluh tahun ditinggalkan.

Tidak kiralah sama ada pada zaman sekolah rendah, menengah mahupun mahupun universiti.

Iklan
Iklan

Ibarat satu tradisi atau acara wajib yang patut dihadiri tatkala timbul idea untuk adakan majlis itu.

[caption id="attachment_120381" width="400"] Gambar sekadar hiasan[/caption]

Iklan

Ramai yang kata, inilah masanya dapat berkumpul kembali setelah sekian lama tak bersua.

Di samping itu, dapatlah mengeratkan hubungan silaturahim yang terpisah.

Iklan

Baca ni 'Cantiknya bilik hero ibu.' Siti Nurhaliza room tour bilik anak lelaki bikin ramai teruja. Kemas & moden!

Pun begitu, perasan tak setiap kali diadakan majlis perjumpaan, asyik-asyik muka yang sama sahaja muncul?

Pernah tak anda terfikir, kenapa yang lain enggan berbuat demikian?

Malah, ada yang tidak mahu terlibat langsung!

[caption id="attachment_120384" width="711"] Gambar sekadar hiasan[/caption]

Tidak dinafikan, ada segelintir yang tidak gemar menempatkan diri mereka dalam majlis sebegitu.

Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai sejarah silam, lebih-lebih lagi dengan kawan-kawan waktu zaman belajar dahulu.

SinarPlus baru-baru ini memuat naik pertanyaan melalui segmen #SinarPlusSajaNakTanya menerusi laman Facebook baru-baru.

Tinjauan tersebut nampaknya meraih perhatian ramai. Masing-masing meluahkan pengalaman masing-masing.

Secara kasarnya, lebih ramai melontarkan persepsi kurang berminat menyertainya disebabkan alasan-alasan tertentu.

Namun, ada juga yang berfikiran positif kerana dikelilingi oleh kawan-kawan yang sporting.

Baca ni 'Pandai nyanyi & masak, untung suami.' Rumah cantik & mewah macam istana, warga maya puji Marsha tetap humble!

[caption id="attachment_120382" width="711"] Gambar sekadar hiasan[/caption]

Salah seorang daripada mereka ialah Roslan Yusop.

Kongsi Roslan, sepanjang menghadiri reunion, beliau tidak berdepan dengan sebarang masalah atau sebarang isu.

"Pengalaman saya menghadiri reunion okey sahaja. Walaupun ada yang mendapat gelaran Tan Sri, VIP dan sebagainya, namun tidak timbul isu diskriminasi baik lelaki atau perempuan. Semuanya menerima apa yang ada," ujar beliau yang pernah menghadiri reunion sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti.

Sementara itu, Muzammil Zolkepli pula berpendapat, reunion hanya sesuai untuk lima tahun pertama sahaja.

"Selepas itu, tak payahlah kerana waktu itu bukan siapa-siapa atau baru nak bertatih. Tidak banyak yang nak dibanggakan. Apabila lebih masa itu, cabaran hidup semakin tinggi, ada yang gagal ada yang berjaya. Pasti akan ada yang buat perbandingan.

"Pun begitu, tiada masalah jika mahu buat kalau yakin kawan-kawan bukan jenis yang memandang rendah orang lain, kan?

"Sedangkan mak cik tanya soalan mengenai anak, kahwin dan sebagainya pun ada yang mudah 'triggers' dan anggap tak beradab, apatah lagi jika kawan yang sudah lama tak berjumpa," ujar beliau.

Baca lagi 'Suami pendorong, bimbing & lorongkan jalan...'. Julia Farhana tampil berhijab sepenuhnya, jadikan Bella Dally idola berfesyen!

SERIK DAN MALAS

Berbeza pula perspektif seorang pelayar, Eddie Eusoff yang berpendapat, mereka yang rajin menghadiri reunion adalah jenis yang hidupnya berjaya.

"Mana-mana yang beria nak ke reunion ni kebanyakannya hidup agak menjadi. Kalau ditanya buat apa sekarang, tidaklah segan mahu menjawab. Jika hidup pun terkais-kais, pasti tak akan pergi. Segan mahu menghadap kawan-kawan yang sudah berjaya," kongsinya.

[caption id="attachment_120383" width="711"] Gambar sekadar hiasan[/caption]

Pandangan Ahmad Syafi'ie Ahmad Hanifah sedikit agresif.

Dakwanya, majlis sedemikian adalah satu acara yang disukai syaitan.

"Ia boleh menghasut suami atau isteri untuk memulakan skandal sehinggalah hubungan intim dengan isteri atau suami orang lain," ujar beliau.

Pandangan beliau turut disokong pemilik Facebook bernama Zee Zee. Kata beliau dek kerana reunion, rumah tangga yang dahulu aman damai boleh runtuh.

Sementara pemilik Facebook bernama Tiara Hani mengakui serik untuk menghadiri majlis sedemikian.

"Malas nak join. Serik. Kita pergi sebab nak jumpa kawan-kawan yang sudah sekian lama tidak bertemu. Rupa-rupanya apabila anda bukanlah siapa-siapa, jangan haraplah kawan yang sudah ada gelaran itu nak join anda.

"Mak datin duduk semeja dengan mak datin, yang pakai baju dengan beg tangan berjenama pandang sebelah mata sahaja kawan-kawan yang marhaen ini. Reunion pun sudah jadi ke laut," luah beliau.

Baca ni 'Pengorbanan terbesar untuk keluarga & anak.' Perkongsian Eja undang sebak, dah masuk 50-an tetap cantik & anggun!

[caption id="attachment_120385" width="300"] Gambar sekadar hiasan[/caption]

Bagi admin, tidak semestinya jika kita tidak mahu menghadiri majlis reunion itu bermakna kita ni antisosial.

Benar juga beberapa pendapat yang dilontarkan pelayar SinarPlus.

Kalau pergi, bawa pulang bahana, baik lupakan jer.

Sampai tergadai hubungan harmoni rumah tangga akibat cinta lama berputik kembali, buat apa, kan?

Baca ni Maintain cantik & awet muda, Datin Anne Ngasri dedah 9 bulan tak sentuh nasi

Satu lagi, mereka yang dah berjaya yang suka memandang lekeh kawan-kawan yang hidupnya serba sederhana. Itu lagi buat sakit hati jer.

Mujurlah kawan-kawan sekolah mahupun universiti Admin semuanya baik-baik belaka. Pantang jumpa riuh-rendah apabila masing-masing buka cerita lama. Rindu pula momen waktu tu!.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang