CANTIK, luas dan moden betul bilik anak lelaki kesayangan Datuk Seri Siti Nurhaliza ini.

Menerusi laman Instagram miliknya, penyanyi kesayangan ramai itu berkongsi room tour yang turut disertai suami tersayang, Datuk Seri Khalid (Datuk K) serta anak-anak, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

siti nurhaliza

Kelihatan mereka sekeluarga teruja dan tertarik dengan hasil adaptasi ilham dan idea oleh Lentera Creative Home itu.

Baca ni ‘Pandai nyanyi & masak, untung suami.’ Rumah cantik & mewah macam istana, warga maya puji Marsha tetap humble!

siti

“Alhamdullillah,terima kasih @lenteracreativehome telah merealisasikan bilik Afwa dengan sentuhan lebih moden.

“Sesuai dengan keinginan saya dan suami. Sebenarnya ibu yang terlebih excited ni,” ungkap Siti Nurhaliza menerusi kapsyen Instagram miliknya.

Baca lagi ‘Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.’ Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!

siti nurhaliza

Menerusi video yang dimuat naik Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tokti itu, kelihatan susun atur dan pilihan perabot yang cukup ringkas namun menarik.

Rona kelabu dengan sentuhan coklat dan putih melatari segenap ruang.

Sesuai menggambarkan jiwa seorang lelaki. Malah, kemasan perabot moden dan aksesori yang tidak sarat cukup sedap mata memandang.

Baca ni Wanita ini kongsi cara unik tanam sayur guna tali mop. Mudah nak jaga, pokok pun subur walau tak siram selalu

tokti

KESELESAAN BELAJAR DAN BERMAIN

Dalam pada itu, SinarPlus berkesempatan menemuramah pengasas Lentera Creative Homes, Amran Azhar.

Menurut Amran, konsep English moden menjadi pilihan untuk ‘sajian’ dekorasi bilik si comel Afwa.

“Kami olahkan rekaan moden dan English terutama untuk meja belajar, ruang library dan juga ruang tidur. Untuk pemilihan warna, kami mengetengahkan rona putih dan sedikit sentuhan coklat.

“Sementara pemilihan perabot pula, kami memilih sofabed supaya selesa apabila duduk di ruang membaca. Selain itu, kami turut menyediakan meja bagi memudahkan Afwa belajar dan melukis,” ujarnya lagi.

Baca lagi DIY pewangi semburan untuk hilangkan bau kepam dalam rumah & hilangkan habuk kipas. Mudah, jimat & tahan lama!

Iklan

tokti

Amran turut menambah, idea untuk menghias bilik si kecil kesayangan Tokti dan Datuk K itu lahir usai perbincangan bersama pasangan tersebut.

“Idea ni datangnya daripada perbincangan bersama Datuk K dan Datuk Siti sendiri demi keselesaan anak mereka bermain dan belajar. Malah, sebelum proses pengubahsuaian dilakukan, mereka sudah memberitahu apa yang perlu ada untuk bilik berkenaan.

“Selain ruang membaca, menulis dan bermain, kami turut menyediakan ruang santai dan ruang tidur yang selesa buat Afwa,” kongsi beliau yang mengambil masa lebih kurang sebulan lebih.

Baca lagi Lelaki ini kongsi DIY rak tupperware untuk isteri guna besi dan kayu. Seminggu lebih siap, cantik dan kemas! 

Tokti

Iklan

Baca ni Sheila Rusly tayang ruang dapur bikin ramai kagum. Kemas & cantik macam showroom!

Memang kemas, luas dan lawa betul bilik Afwa ini. SinarPlus pun teruja tengok. Alhamdulillah, rezeki Afwa kan.

Ini boleh dijadikan inspirasi buat mereka yang tengah merancang untuk mendekorasi bilik dengan konsep moden. Betul tak?

Sumber: Instagram @lenteracreativehome & ctdk

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang