KEMAS, cantik dan praktikal ruang dapur yang dipertontonkan menerusi kediaman kecil ini.
SinarPlus tertarik melihat dekorasi yang dihasilkan oleh pemiliknya, Siti Hasliza Mat Yasin.
Kreatifnya beliau menghias dapur miliknya, lengkap dengan label pada barangan yang digunakan.
Lebih mengujakan, ruang dapur yang sempit itu tetap nampak menarik dan tersusun rapi biarpun tanpa kabinet.
SUSUN BARANG TERAPI DIRI
Tidak mewah namun kemas. Nyata pemilik tersebut seorang yang rajin menghias dan menyusun atur barangan dan kelengkapan dapur mengikut kreativitinya tersendiri.
"Dapur saya sangat sempit. Lebih-lebih lagi di situ juga ditempatkan ruang mencuci atau laundry area. Justeru, saya pastikan barang yang dibeli sesuai untuk saya simpan dan juga untuk kegunaan harian," jelas Siti Hasliza.
Tuan punya badan juga mengakui bukanlah seorang yang kreatif atau pandai terutama bab dekorasi, namun beliau amat mementingkan susunan sesuatu barang di bahagian dapur tersebut.
"Dapur rumah sewa, tiada kabinet dapur. Malah, untuk mendekorasi pun tidak pandai sangat. Cuma saya mementingkan bab menyusun barang. Itu minat saya sejak dahulu lagi. Ia ibarat terapi buat saya.
"Apabila sesuatu barang itu disusun secara sistemaik, ia bukan sahaja mudah dijaga malah senang kita nak cari apabila mahu digunakan. Pada saya, setiap barang kena berada di tempatnya sendiri. Automatik, ruang tersebut akan nampak kemas," ujar beliau yang banyak belajar menerusi YouTube dan juga grup #kemasrumahwithhani.
16 TAHUN MENYEWA
Beliau yang cukup mesra disapa mama Nas mengakui sudah menyewa kira-kira 16 tahun di kediaman berkenaan.
"Ini merupakan tahun ke 16 saya menyewa di kediaman yang mempunyai dua bilik ini. Walaupun rumah tersebut separuh papan separuh batu, namun kami sekeluarga selesa di sini.
"Daripada dapur bersila sehinggalah dapat selesa sebegini. Syukur, alhamdulilah. Sabar tukar satu-persatu. Biarpun tidak mahal, namun semua barangan ini amat berharga. Sebab banyak kenangan di dapur ini," ungkapnya yang tinggal bersama suami dan lima cahaya mata di kediaman yang terletak di Kampung Melayu Subang, Selangor itu.
Baca lagi Sheila Rusly tayang ruang dapur bikin ramai kagum. Kemas & cantik macam showroom!
Biarpun simple, namun diharap perkongsian Mama Nas ini dapat memberi inspirasi buat anda yang mempunyai barang banyak tapi dapur sempit.
Mana tahu dapat ilham untuk ruang kediaman sendiri, kan?
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang