Hati Serina berkecai Chef Wan hidap kanser, mohon doa warganet. 'Ya ALLAH kurniakan kesembuhan buat papa'

Iklan
Hati Serina berkecai tahu Chef Wan hidap kanser, mohon doa warganet. 'Ya ALLAH kurniakan kesembuhan buat papa' (1)

BERITA duka cef selebriti, Datuk (Dr) Cef Redzuawan Ismail atau Chef Wan mengejutkan ramai.

Baharu kehilangan ibu tersayang 12 Januari lalu, Chef Wan, 58, disahkan kanser limfoma peringkat awal selepas selepas menjalani ujian electrocardiogram (ECG) di sebuah hospital.

Iklan
Iklan

Anaknya, Serina meluahkan kesedihan menerima perkhabaran duka bapanya. Anak bongsu daripada daripada dua adik beradik itu berfikiran positif menyifatkan ia adalah ujian buat mereka sekeluarga.

"Semalam hati Serina ibarat kaca jatuh berkecai ke lantai bila dengar berita, papa hantar mesej maklumkan dia ada kanser limfoma.

Iklan

"Memang sedih, saya tak tak dapat tahan air mata dan menangis sepuasnya.

"Saya tahu ini adalah ujian ALLAH SWT beri kepada papa dan kami sekeluarga," titipnya.

Iklan

Baca juga: Chef Wan disahkan hidap kanser limfoma, perlu jalani rawatan kemoterapi serta-merta

Baca juga: Sayang ibu, Chef Wan tetap pakaikan ibunya baju harian rekaan designer

Bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan itu menganggap dugaan itu adalah ketentuan ALLAH untuk mengangkat darjat dan menghapuskan dosa.

"ALLAH Maha Baik pilih papa sebab papa insan yang berhati mulia selalu menolong orang, menceriakan hidup orang lain, sentiasa membantu ahli keluarga dan adik beradik.

"Syukur Alhamdulillah papa reda , dia tenang terima kententuan ini. I am proud of you papa!

"Insya-ALLAH sakit tanda ALLAH sayang, mencuci dosa dan menaikkan darjat kita sebagai manusia," kongsinya.

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dalam hantaran yang sayu, Serina memohon warganet mendoakan bapanya.

Ingin melihat bapanya sihat kembali, ibu kepada dua cahaya mata itu menitipkan doa agar lelaki itu terus kuat dan tabah.

Baca juga: Telatah lucu Chef Wan sakat anak menantu tapau makanan lepas beraya cuit hati warganet

"Mudah-mudahan sahabat semua yang baca nukilan Serina mendoakan kesembuhan buat papa ya.

"Ingat papa, kami semua ada. Rina, Aidid , Tristan, Isabella @chefriz @l_nurel , adik-beradik papa, sahabat dan peminat semua sayangkan papa.

"Kami akan doakan papa kembali sihat, stay strong."

Chef Wan sebelum ini memaklumkan peluang untuk dirinya sembuh besar iaitu sekitar 70 hingga 80 peratus dengan menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 13 kitaran dalam jangka tempoh 13 minggu.

Warga maya turut meluahkan kesedihan dan memanjatkan doa agar cef kesayangan mereka dipermudahkan menjalani rawatan dan cepat sihat.

Ujar mereka:

-"Doa, love and strength to one of our favorite human being. He will survive this, Insya-ALLAH. Ya Rabb, Syafakallah."

-"Semoga cepat sembuh dan di permudahkan segala urusan buat Chef Wan."

-"Moga dikurniakan kesembuhan untuk Datuk Chef Wan, kuat semangat dan tabah mengharungi ujian ALLAH."

-"Aamiin atas doa Serina. Semoga Chef Wan tabah menerima ujian ini. Chef kuat, berjiwa tenang. Mudah-mudahan ALLAH kurniakan kesembuhan buat insan berhati mulia ini, yang bnyk menabur budi kepada insan dan makhluk ALLAH seperti kucing . Be strong Chef!"

Sama-sama kita doakan Chef Wan kembali sembuh, aamiin.

Baca juga: #SiBibirMerah: Chef Wan jadi inspirasi. Puas berbakti kepada mak ayah, bila pergi tiada sesalan

Sumber: Facebook Serina Redzuawan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang