Sengat lebah didakwa boleh matikan sel kanser payudara dalam masa sejam

Iklan
IMAGE (57)

KANSER payudara adalah salah satu daripada kanser yang paling biasa dalam kalangan wanita.

American Cancer Society menganggarkan 2.3 juta penduduk dikesan menghidap tumor tersebut dan sejumlah 685,00 kematian dicatatkan di seluruh dunia pada tahun 2020.

Iklan
Iklan

Susulan itu, ramai yang masih tercari-cari penawar untuk kanser yang boleh meragut nyawa tersebut.

Penyakit tersebut lazimnya memerlukan perawatan seperti pembedahan, kimoterapi dan terapi radiasi.

Iklan

[caption id="attachment_122558" width="600"] SUMBER Skyler Ewing daripada PEXELS.[/caption]

Doktor juga akan menggunakan kaedah kombinasi untuk membunuh sel kanser.

Iklan

Sesetengah prosedur bukan sahaja berkesan membunuh tumor, malah adakalanya boleh merosakkan sel normal.

SENGAT LEBAH

National Library of Medicine menyatakan produk semula jadi daripada haiwan dan tumbuhan semakin menjadi pilihan yang bertindak sebagai agen terapeutik untuk memerangi pelbagai penyakit.

Terkini, komuniti kanser sedang heboh dengan kajian baharu yang mendakwa sengat lebah boleh membunuh sel kanser payudara.

The Brighter Side of News berkata, lebah madu Eropah daripada jenis Apis mellifera menjadi sumber kepada pelbagai produk kesihatan buatan manusia sejak beribu-ribu tahun dahulu.

[caption id="attachment_122559" width="599"] SUMBER Anete Lusina daripada PEXELS.[/caption]

Bahan aktif dalam sengatan lebah yang dikenali sebagai melittin dikatakan mampu mematikan sel kanser.

Saintis Institut Kajian Perubatan Harry Perkis di Australia Barat telah menguji sengatan daripada lebih 300 ekor lebah madu dan kumbang dengung ke atas dua jenis kanser payudara yang agresif.

Baca juga: Ditinggalkan suami akibat penyakit kanser, Marni Azjuwita seorang diri besarkan 3 anaknya

 

Mereka mendapati bahawa melittin boleh memusnahkan sel kanser yang sukar dirawat itu dalam masa sejam.

Komponen peptida amino asid bercaj positif dalam melittin juga didapati mampu menyasarkan sel-sel kanser dan menyekat aktivitinya.

Bukan itu sahaja, bahan tersebut tidak akan mengakibatkan kemudaratan kepada sel lain.

Kajian itu juga mendapati ia (sengatan lebah) sesuai digunakan bersama ubat kimoterapi supaya dapat menembusi sel dengan lebih baik.

Walaupun ujian tersebut hanya dilakukan dalam persekitaran makmal, namun penyelidik percaya kompaun itu boleh dihasilkan semula secara sintetik.

Baca juga: Kanser limfoma boleh ancam nyawa tapi ada rawatan menyembuhkan, ini yang wanita perlu tahu

[caption id="attachment_122560" width="568"] SUMBER Mostafa Eissa daripada PEXELS.[/caption]

PERLU BANYAK KAJIAN

Penyelidik kanser payudara dari Pusat Kanser Moffitt, Dr Marilena Tauro berkata, penemuan tersebut sangat mengagumkan.

Pun begitu, ia memerlukan lebih banyak kajian lanjutan sebelum disahkan berkesan.

"Terdapat banyak kajian ke atas pelbagai sebatian yang terbukti berjaya membunuh sel-sel kanser dalam makmal atau model haiwan.

"Namun, ia memerlukan masa bertahun-tahun untuk penemuan berkesan ke atas pesakit,” ujarnya.

Baca juga: Nas Adila berjuang lawan kanser payudara, mula rawatan kemoterapi. ‘Moga ALLAH pinjamkan kekuatan-NYA.’

Baca juga: Kadar kelangsungan penghidap kanser payudara rendah di Malaysia. Buat saringan awal kurangkan kes kematian

[caption id="attachment_122562" width="600"] SUMBER Ivan Samkov daripada PEXELS.[/caption]

Hasil penyelidikan yang memberangsangkan itu diharap mampu direaliasikan suatu hari nanti.

Kejayaan rawatan yang berkesan mampu menyumbang kepada kualiti hidup pesakit yang lebih baik.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!