KETIKA SinarPlus menghubungi Marni Azjuwita Ahmad baru-baru ini, beliau baru sahaja menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam otaknya.

Meskipun masih lemah, namun ibu tunggal yang juga penghidap kanser tahap dua itu sudi menjawab soalan-soalan yang dilontarkan penulis dengan tenang.

Beritahu Marni Azjuwita, dirinya semakin beransur pulih selepas ketumbuhan pada bahagian atas mata kiri berjaya dibuang.

Pun begitu, untuk bergerak cergas seperti dulu perlu mengambil masa, tambahan sebelah matanya telah buta akibat barah tersebut yang dikesan sejak dua tahun lalu.

“Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan, walau saya sendiri pun tak sangka boleh kuat dan terus berjuang sampai sekarang. Demi memikirkan nasib anak-anaklah, buat saya terus bersemangat.

“Kalau diikutkan manalah saya mampu nak fikir semua ini, dengan masalah kewangan lagi. Namun, saya percaya ALLAH itu ada untuk kami,” luah ibu kepada tiga anak itu yang menetap di rumah keluarga di Kuala Kangkong, Simpang Ampat, Alor Setar, Kedah.

Marni Azjuwita

Tatkala ditanya bagaimana kanser otak itu boleh dikesan, Marni Azjuwita berkata, sakit kepala bukan kepalang ketika mengandungkan cahaya mata bongsunya antara petanda awal kepada krisis kesihatan yang dideritainya.

“Pada mulanya, saya ingatkan sakit itu disebabkan stres. Namun demikian, keadaan menjadi teruk apabila mata saya pedih bila berada di tempat terang. Masalah silau menjadi-jadi dan menyakitkan.

“Habis semua ubat tahan sakit dimakan, tapi tak berkesan langsung. Saya rujuk ke hospital dan doktor maklumkan bahawa saya menghidap kanser otak,” imbaunya.

 

Kemudian, anak jati Kedah itu akur apabila diminta menjalani prosedur kemoterapi bagi mengecutkan barah sebelum pembedahan dilakukan.

Tanpa disangka, selepas prosedur itu, beliau disahkan mengandung tujuh bulan.

“Saya terkejut kerana jujurnya, saya tak sedar saya hamil. Ketika itu, doktor yang merawat saya berterus terang tentang kesan dan risiko rawatan kemoterapi terhadap bayi. Peluang untuk bayi saya hidup ketika itu hanya 50 peratus.

Marni Azjuwita

“Namun, dengan kuasa ALLAH, anak saya selamat dilahirkan walaupun tak cukup bulan. Apa yang saya bimbang sekarang, dia menghidap penyakit paru-paru,” katanya yang diceraikan suami sejak dua tahun lalu.

Masih perlukan bantuan

Bukan setakat tahap kesihatan Muhammad Yusri Mohd Yasir yang kini berusia tiga tahun menjadi kerisauan wanita itu, anak sulungnya juga memerlukan pemantauan rapi.

Marni Azjuwita

Anisa Maisarah, 13, sebenarnya merupakan kanak-kanak autisme dan bergantung kepada lampin pakai buang pada setiap hari.

Bagaimanapun, beliau bersyukur apabila anak kedua, Muhammad Assri Mohd Yasir, 10, sihat walafiat.

Baca juga Disangka masalah cacing gara-gara perut buncit, budak 2 tahun derita kanser hati perlukan bantuan orang ramai

Si kecil itulah menjadi tulang belakang kehidupan Marni Azjuwita sekeluarga.

Muhammad Assri atau dipanggil sebagai Abang Ayie banyak membantu menguruskan adiknya dan hal itu melegakan hati suri rumah tabah tersebut.

Iklan

Marni Azjuwita

Satu perkara yang masih membuatkan beliau kusut adalah masih belum mendapat bekerja.

Sehingga artikel ini ditulis, semua perbelanjaan kos rawatan dan harian Marni Azjuwita masih bergantung dengan ihsan keluarga dan orang ramai.

“Sedih nak cakap, tapi saya terpaksa berterus terang. Nak bayar kos rawatan pembedahan bernilai RM500 yang tertangguh sebelum ini pun, hasil pertolongan orang sekeliling.

“Ayah tak sihat sebab ada kanser usus, mak pun dah tua. Memang rasa bersalah. Nasiblah, masih ada yang sudi membantu. Kalau tak, saya pun tak tahu nak cakap macam mana lagi,” ujarnya sayu.

Marni Azjuwita

Akui wanita tersebut, untuk bekerja semula sebagai tukang jahit yang sebelum ini menjadi sumber pendapatan utamanya, mungkin perlu difikirkan banyak kali kerana beliau masih menjalani rawatan susulan.

Baca juga Anak meninggal dunia, nenek yang derita sakit jantung sanggup jaga 3 cucu sakit kanser otak, autisme dan lembam

Iklan

Sehubungan itu, dengan rasa rendah diri ibu tunggal berkenaan sekali lagi memohon keprihatinan masyarakat agar dapat membantu mereka sekeluarga dari aspek kewangan.

“Hanya ALLAH saja yang boleh membalas semula jasa anda. Cukup sekadar bantuan lampin pakai buang dan kos ulang-alik ke hospital. Ia sudah memadai buat kami.

Marni Azjuwita

“Untuk makan minum, saya sanggup lebihkan anak-anak dulu. Paling penting mereka cukup semuanya walau kami hidup serba kekurangan,” katanya yang turut menerima bantuan bulanan kerajaan.

Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan pertolongan kepada Marni Azjuwita dan tiga orang anaknya, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank 152125275286 (Marni Azjuwita Binti Ahmad).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang