KANSER limfoma merupakan sejenis barah yang berlaku kepada sistem limfatik iaitu satu rangkaian kelenjar dalam tubuh badan yang bertanggungjawab untuk memerangi jangkitan.

Sistem ini terdiri daripada kelenjar limfa, limpa, kelenjar timus, dan sumsum tulang. Kanser ini juga boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan.

Walaupun kanser ini boleh mengancam nyawa, namun ada banyak rawatan yang berkesan untuk merawatnya.

Tetapi, jenis limfoma yang dihidapi pesakit juga memainkan peranan yang penting terutamanya dalam pemilihan rawatan.

Kadar kelangsungan hidup selepas lima tahun bagi penghidap barah limfoma adalah tinggi iaitu sekitar 73%.

Namun, kadar kelangsungan hidup ini berbeza berdasarkan beberapa faktor seperti jenis, keseriusan dan seberapa awal kanser ini dikesan.

Berapa lazimkah kanser limfoma?

Di Amerika Syarikat, barah limfoma merangkumi 4% daripada semua diagnosis kanser di negara tersebut. Ia juga merupakan kanser keenam paling lazim dalam kalangan wanita dan ketujuh dalam kalangan lelaki.

Berbeza dengan kanser lain, barah ini lebih berisiko untuk berlaku dalam kalangan orang muda yang berusia 15 hingga 39 tahun serta warga emas berumur 75 tahun ke atas.

Selain itu, kebarangkaliannya juga lebih tinggi jika anda daripada kalangan orang berkulit putih. Bukan itu sahaja, kanser ini juga boleh berlaku kepada kanak-kanak dan juga remaja.

Secara amnya, lelaki mempunyai risiko sebanyak 1/42 untuk menghidap barah limfoma manakala, wanita pula mempunyai risiko 1/52.

Tanda kanser limfoma

Simptom barah limfoma sama seperti kanser yang lain. Walau bagaimanapun, semua simptom tidak semestinya menandakan kanser, ia juga mungkin berlaku disebabkan penyakit lain.

Namun, dapatkan pemeriksaan pakar jika anda mengalami simptom yang berpanjangan.

Baca juga Buah melon bantu kurangkan risiko kanser paru-paru, prostat & kerosakan mata. Banyak lagi manfaat lain

 

Antara tanda kanser limfoma ialah;

  • Ada ketulan pada kelenjar limfa di kawasan leher, ketiak atau kelangkang
  • Rasa penat yang berpanjangan
  • Demam yang tidak dapat dijelaskan puncanya
  • Selalu berpeluh semasa tidur malam
  • Sesak nafas
  • Turun berat tanpa sebab
  • Kulit yang gatal

Peluang untuk sembuh;

Peluang untuk sembuh mungkin berbeza mengikut individu. Jika tidak boleh pulih sepenuhnya, pesakit boleh melakukan kemoterapi dan terapi radiasi seperti biasa untuk mengurangkan simptom yang dialami.

Rawatan limfoma berbeza mengikut kondisi pesakit. Kebanyakan rawatan mempunyai kesan sampingan yang berbeza. Bukan itu sahaja, setiap pesakit juga mungkin mempunyai reaksi yang berbeza ketika menerima rawatan.

Rawatan kanser limfoma;

Bukan semua pesakit kanser memerlukan rawatan yang segera. Jika tumor masih lagi bersaiz kecil dan tidak dapat dikeluarkan semasa biopsi, pesakit mungkin tidak memerlukan rawatan tambahan.

Baca juga Doktor ajar cara betul guna air fryer elak risiko kanser, makanan sihat, kurang kalori

Antara rawatan untuk kanser limfoma;

1. Pemerhatian secara aktif

Beberapa jenis limfoma membesar dan merebak dengan perlahan. Jika kanser dikesan, doktor mungkin akan menunggu sehingga munculnya sebarang simptom yang mengganggu aktiviti harian.

Iklan

2. Kemoterapi

Rawatan ini menggunakan sejenis ubat yang dapat membunuh sel kanser. Ubat ini selalunya diberikan melalui suntikan vena, namun ia juga boleh diambil dalam bentuk pil bergantung kepada jenis ubat yang diterima.

3. Terapi radiasi

Menggunakan sinaran X-ray atau proton untuk membunuh sel kanser.
Pemindahan sumsum tulang. Sumsum tulang yang sihat daripada seorang penderma akan dimasukkan ke dalam darah pesakit. Kemudian, ia akan memasuki tulang dan membina semua sumsum tulang pesakit.

Rawatan yang ringkas selalunya mengambil masa enam hingga 12 minggu. Lokasi limfoma dan tahap kecergasan anda juga menentukan tempoh rawatan.

Selain itu, pesakit kanser disyorkan untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang, seperti;

1. Tambahkan buah-buahan, sayur-sayuran, karbohidrat, daging, ikan, telur serta kacang dalam diet harian.

2. Kurangkan pengambilan karbohidrat mudah seperti roti putih, pasta, beras. Selain itu, elakkan pengambilan lemak haiwan seperti daging yang diproses, lemak daging, dan mentega.

Iklan

3. Jangan ambil gula secara berlebihan, termasuk gula tambahan dalam pencuci mulut, minuman manis, dan makanan yang diproses.

4. Hadkan lemak trans yang mungkin terdapat dalam keropok, kerepek kentang, makanan yang dipanggang dan makanan segera.

5. Pakar juga menasihatkan elakkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu yang tinggi dari produk haiwan seperti daging, mentega dan keju.

Baca juga Jangan beli air balang dijual dalam akuarium, boleh undang kanser

Semoga bermanfaat!

Sumber: Hello Health

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!