KEJAMNYA tindakan seorang abang ipar, hingga disyaki sanggup 'mencagarkan' kehormatan diri adik iparnya untuk menyelesaikan hutang.
Dalam kejadian yang berlaku di sebuah kediaman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur 31 Ogos lalu, mangsa yang berusia 27 tahun diperkosa lima rakan abang iparnya.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, menerusi soal siasat terhadap abang ipar mangsa yang ditahan, pihaknya mengesahkan suspek adalah dalang yang merancang kejadian terkutuk tersebut.
Baca juga: Kejam! Wanita sedang tidur diperkosa 5 rakan abang ipar, rakam perbuatan. 9 info berkaitan
Berikut 15 fakta perkembangan terbaru kes berkenaan:
1-Suspek telah menelefon dan meminta mangsa supaya tidak mengunci pintu rumah rumah pada hari kejadian.
[caption id="attachment_123673" width="1024"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]
2-Mangsa dan abang ipar tinggal serumah di Blok D13, Seksyen 2 Wangsa Maju.
3-Abang ipar mangsa dipercayai mempunyai hutang duit dengan salah seorang suspek yang masih bebas.
5-Polis telah menerima aduan daripada mangsa yang berusia 27 tahun berkenaan kejadian rogol berkumpulan pada jam 4.52 pagi.
7-Menurutnya, dipercayai seramai lima orang lelaki telah berada di dalam bilik tersebut.
8-Mulut mangsa telah ditutup dan tangan mangsa juga telah diikat menggunakan kain.
9-Salah seorang daripada suspek telah memperkosa mangsa
10-Manakala salah seorang lagi suspek telah bertindak merakam video perbuatan terkutuk berkenaan.
Baca juga: Remaja hilang 18 hari dakwa dinoda bapa tiri, warganet kesal tindakan ibu, 6 info wanita perlu tahu
[caption id="attachment_123675" width="1024"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]
11-Selepas memperkosa mangsa, kesemua suspek melarikan diri.
12-Polis telah memberkas abang ipar mangsa berusia 29 tahun di hadapan sebuah restoran di Jalan Rampai Niaga 5, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju dan akan ditahan reman selama enam hari.
13-Kes disiasat di bawah Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan yang boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun.
[caption id="attachment_123676" width="1024"] Butir-butir saksi[/caption]
14-Pihak polis mempergiatkan usaha bagi mengesan empat individu yang masih bebas.
15-Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Siti Fadzilah Ahmad Fisal di talian 017-6240252 atau hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Baca juga: Hati-hati wanita, diumpan tumpang kereta, ibu, anak 6 tahun dinoda lelaki bernafsu binatang
Baca juga: Rogol 2 anak sejak 2017, seorang disahkan hamil bongkar perbuatan 'syaitan' ayah durjana
Baca juga: Demi langsaikan hutang, ibu ini sanggup jual anak dengan harga RM21K
Kredit foto utama: Freepik
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!