Guna 2 bahan ini jer buat jeruk rambutan cara orang dulu-dulu. Rasanya memang padu!

Iklan
C2B30643-6672-4926-84E0-7503FB4BEB8C

MUSIM rambutan dah bermula dah sekarang.

Iklan
Iklan

Sana-sini ada sahaja peniaga menjual buah tersebut.

Sama seperti mangga, selain dimakan begitu sahaja, rambutan juga boleh digunakan untuk menghasilkan jem atau jeruk.

Iklan

Mungkin ramai tertanya-tanya, betul ke rambutan boleh buat jeruk? Jawapannya memang ya!

Justeru, pada kali ini, SinarPlus ingin kongsikan resipi mudah untuk membuatnya.

Iklan

Bukankah admin punya idea, tetapi ia dikongsi oleh seorang pengguna, Faizah Hussin di Facebook.

Baca juga: Viral! Donat buat peach jadi ‘kegilaan’ ramai. Tetap lembut walau dah berjam-jam, ini resipinya

Kaedah penyediaan Faizah memang menarik kerana mengikut cara orang zaman purba kala.

Menurut wanita itu, rasa masam, masin dan sedikit manis menjadikan jeruk rambutan itu sangat sedap.

Buah yang dijeruk sedemikian juga boleh tahan berbulan-bulan bahkan mampu sampai ke musim berikutnya.

"Orang dulu-dulu jeruk dalam tempayan. Nenek moyang kita dulu sangat kreatif dalam mencipta cara menyimpan makanan,” kata Faizah.

Berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Bahan-bahan

Rambutan

Garam kasar

Cara penyediaan:

1. Cuci rambutan bersih-bersih. Tidak perlu kopek kulit.

2. Masukkan buah dalam balang selapis semi selapis. Taburkan garam kasar pada setiap lapisan. Lebihkan garam kerana kulit rambutan tebal.

3. Masukkan air masak hingga menutupi buah.

4. Selepas dua minggu dan kulit bertukar kehitaman, jeruk rambutan sudah boleh makan.

Lihat, tak susah pun nak buat.

Cuma perlu sabar sikit menunggu tempoh dua minggu sebelum jeruk sedia untuk dimakan.

Baca juga: Kreatifnya ‘abang polis’ cipta resipi Cream Puff Cendol. Sebiji macam rasa cendol asli

Baca juga: Guna 15 biji rambutan, rahsia kuah kari kerisik jadi lebih umphhh…

Admin pula terasa nak singgah beli rambutan nak buat resipi yang dimuat naik Faizah. Nak juga rasa jeruk lain selain mangga, kedondong dan betik.

Anda pun kena cuba ya…

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang