SANA sini orang bercakap tentang buah peach donat viral.

Admin dengar cerita susah nak jumpa. Harga pula agak ‘kayangan’ di pasaran.

Baru-baru ini, kawan admin sanggup untuk mengunjungi beberapa pasar raya semata-mata untuk mendapatkan buah tersebut.

Untuk mereka yang belum berkesempatan untuk makan buah tersebut, apa kata kita buat dahulu donat berbentuk seperti buah peach yang juga sedang viral di sosial media.

Resipi tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama NormalaAhmadan NormalaAhmadan.

“Dijamin lembut sampai esok,” ujar beliau.

Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Baca juga: Donat, bomboloni gebu, banyak perisa dan topping. Air tangan Nurul Fazlina jadi rebutan orang Shah Alam

Baca juga: Resipi donat keju sedap gebu, elok jadinya

 

Bahan-bahan
4 cawan tepung gandum [BELI DI SINI]
1 sudu besar majerin [BELI DI SINI]
1 sudu besar shortening [BELI DI SINI]
1 sudu kecil serbuk penaik [BELI DI SINI]
Sedikit garam [BELI DI SINI]
2 sudu besar susu tepung [BELI DI SINI]
(Gaul mesra hingga sebati)

1 paket yis kering [BELI DI SINI]
1 cawan air suam
2 sudu besar gula pasir [BELI DI SINI]
2 sudu besar susu pekat [BELI DI SINI]
(Satukan semua bahan. Kacau dan biar yis berbuih serta kembang.)

1 biji telur (pukul berasingan) [BELI DI SINI]
Sedikit pewarna red velvet. (Jika tiada, boleh guna pewarna merah) [BELI DI SINI]

Iklan

Cara penyedian:
1. Tuang campuran yis yang sudah kembang ke dalam mangkuk berisi tepung. Masukkan telur. Uli sehingga doh tidak melekat pada tangan.
2. Curah sedikit pewarna red velvet atau pewarna merah. Uli sekadar sahaja untuk mendapatkan corak.
3. Biarkan adunan mengembang selama 1 jam.
4. Bentukkan donat.
5. Biarkan lagi sehingga kembang sedikit.
6. Goreng dengan api kecil.
7. Apabila sudah sejuk sedikit, boleh tabur dengan gula kastor.
8. Siap dan sedia untuk dihidang.

SinarPlus nak makluman awal-awal, resipi yang dinyatakan ini berbentuk buah peach ya, bukan perasa peach.

Baca juga:Resipi Donat Red Velvet tular tak perlu perap, guna sukatan cawan mudah dan sedap

Baca juga: Donat berperisa unik, Fazley terus kreatif hasilkan resipi baharu

Iklan

Kiranya, cara pembuatannya sama dengan donat biasa, tapi sajian daripada
NormalaAhmadan memang terbaik.

Warnanya pun cantik, memang merangsang untuk kita makan banyak. 😀

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!