Paris Hilton diserbu peminat di Sogo KL, lancar wangian ke-29, Ruby Rush

Iklan
Paris Hilton diserbu peminat di Sogo KL, lancar wangian terbaru (1)

SELEBRITI, model dan usahawan, Paris Hilton melancarkan wangian baharunya bernama Ruby Rush di sini di pusat membeli belah Sogo, Kuala Lumpur.

Hilton, 42, atau nama sebenarnya Paris Whitney Hilton disambut ribuan peminat.

Iklan
Iklan

Anak taikun Richard Hilton dan cicit kepada pengasas rangkaian hotel Hilton, Conrad Hilton itu kelihatan elegan memakai gaun bunga berwarna hijau pudina.

Hilton yang terkenal dengan personalitinya yang ceria menerima sorakan peminat yang telah setia menantikan ketibaannya sejak awal lagi.

Iklan

Baca juga: Minyak wangi tahan lama, licinkan tumit, 10 kegunaan Vaseline yang ramai tidak tahu

[caption id="attachment_124329" width="800"] Kredit foto: Amirul Fahmi[/caption]

Iklan

Mengukir kejayaan dalam industri wangian, Hilton menampilkan minyak wangi keluaran terbarunya, Ruby Rush.

Ia yang merupakan wangian yang ke-29 yang diilhamkan oleh Hilton menampilkan botol pakaian klasik Rush Collection berwarna merah dan emas.

Ruby Rush mempunyai aroma mempesona gabungan aroma bunga dan buah-buahan.

"Ia pilihan terbaik untuk apa juga lokasi dan acara. Pada semburan pertama anda mungkin akan mengandaikan minyak wangi itu terlalu ringan, tetapi apabila kering ia berubah menjadi bau yang mewah dan matang," ujarnya.

Baca juga: Mencuri perhatian dengan haruman, berikut senarai minyak wangi popular wajib ada

[caption id="attachment_124330" width="800"] Kredit foto: Instagram Paris Hilton[/caption]

Hilton yang berkahwin dengan penulis dan ahli perniagaan, Carter Reum, 41, pada November 2021 baharu sahaja bergelar ibu dan ayah.

Pasangan ini gembira menyambut kelahiran Phoenix Barron Hilton Reum, pada 16 Januari 16, 2023, melalui kaedah ibu tumpang.

Baca juga: Paris Hilton bergelar ibu, umum kelahiran anak pertama baby boy

Penulis: ADLIN SAHIMI, Sinar Daily

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!