ADAKALA kita tidak perlukan pun produk berjenama dan mahal. Produk yang ada dijual di drugstore atau farmasi sebenarnya boleh dipelbagaikan dan diolah cara kegunaannya.

Drugstore atau dalam bahasa Melayu kedai ubat atau farmasi termasuklah Guardian, Watsons dan sebagainya.

Antara produk yang paling laris dijual di sana ini adalah jeli petroleum yang terbukti sangat berkualiti dan berkesan untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Minyak wangi tahan lama, licinkan tumit, 10 kegunaan Vaseline yang ramai tidak tahu

 

Baca juga: Intermittent fasting turunkan berat badan, cegah pelbagai penyakit. Boleh tingkatkan fungsi otak

Vaseline adalah satu jenama produk berasaskan jeli petroleum yang sering dibeli pelanggan di Guardian atau Watsons.

Ia adalah jenama jeli petroleum yang popular yang dihasilkan daripada campuran mineral dan lilin lebah.

Vaseline telah digunakan selama lebih dari 140 tahun sebagai sapuan serbaguna untuk meredakan luka, luka bakar dan kulit merekah.

Patutlah jeli petroleum ini sangat laris. Tidak terhad untuk merawat luka dan kulit merekah, rupa-rupanya terdapat pelbagai kegunaannya yang lain.

Berikut adalah 10 kegunaan Vaseline:

1. Melicinkan tumit kering

Iklan

vaseline
Pemakaian selipar di bawah matahari dan pasir dapat menjadikan kulit di kaki anda menjadi kering dan mengelupas.

Sapukan Vaseline pada kaki sebelum tidur dan pakai stokin. Keesokannya korang akan mendapati kulit tumit semakin lembut.

2. Mencabut bulu mata palsu

Agak mustahil jika mencabut bulu mata palsu tanpa keuguran bulu mata asli. Korang boleh cuba dengan gosokkan sedikit Vaseline pada garis bulu mata palsu agar lebih mudah ditanggalkan tanpa merosakkan yang asli.

3. Sempurnakan rias kuku
Oleskan kuku dengan Vaseline sebelum menyapu cat kuku untuk mengelakka sapuan merebak di luar kuku.

4. Bulu mata lebih tebal

vaseline bulu mata
Jika rajin sapukan Vaseline pada bulu mata, korang boleh mendapatkan bulu mata yang lebat.

Iklan

5. Licinkan lubang anting-anting
Mesti korang pernah alami lubang tindik telinga tertutup atau sukar memakai anting-anting. Jangan risau!

Gosokkan Vaseline pada lubang tindik supaya proses memakai anting-anting tidak menyakitkan. Malah masa berdandan juga lebih pantas.

6. Sembunyikan rambut bercabang
Sekiranya rambut korang kering, gosokkan sedikit Vaseline pada hujung rambut. Ini boleh mengelakkan rambut bercabang menjadi lebih teruk dan rosak.

vaseline rambut

7. Lindungi kulit dari pewarna rambut
Sekiranya korang mewarnakan rambut, ia akan terkena pada dahi dan telinga. Untuk mengelakkan pewarna meresap pada kulit, sapukan Vaseline pada anak rambut terlebih dahulu sebelum proses mewarnakan rambut dilakukan.

8. Mencantikkan kening
Kening yang tidak tumbuh teratur atau terlalu lebat sukar dikemaskan. Korang boleh sapukan Vaseline pada kening korang sebelum memberusnya. Ia akan kelihatan lebih teratur dan kemas sepanjang hari.

9. Kekalkan haruman minyak wangi

vaseline perfume
Sapukan Vaseline pada pergelangan tangan dan belakang telinga sebelum menyembur minyak wangi. Langkah ini akan membuatkan minyak wangi korang tahan lebih lama.

10.Menghilangkan kotoran
Kesan kotoran solekan pada fabrik adakalanya sukar untuk ditanggalkan. Apa kata gunakan Vaseline dengan menyapunya pada kesan kotoran tersebut. Kemudian lap ia dengan kain lembap dan cucilah seperti biasa.

Baca juga: Jangan cuba petua sembarangan! Ini caranya merawat luka akibat terkena minyak panas di rumah

Menarik bukan? Banyak rupanya kegunaan Vaseline yang boleh memberikan faedah kepada kita. 10 tip ini tidak terhad kepada wanita sahaja, lelaki juga boleh mengaplikasikannya.

Sumber: Seventeen