Paris Hilton bergelar ibu, umum kelahiran anak pertama baby boy

SELEBRITI terkenal Hollywood, Paris Hilton akhirnya capai impian bergelar ibu.

Pada usia 41 tahun, bintang realiti TV terkenal itu dilaporkan menyambut anak pertamanya hasil perkahwinan dengan pemodal teroka, Carter Reum.

Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Hilton berkongsi sekeping gambar memaparkan dia memegang tangan bayinya.

“You are already loved beyond words (kamu disayangi mengatasi kata-kata),” tulis Hilton berserta emoji hati biru.

Meninjau ruangan komen posting berkenaan, ramai rakan selebriti Hilton mengucapkan tahniah termasuk Kim Kardashian, Chrissy Teigen, Lindsay Lohan, Demi Lovato, Rosario Dawson, Poppy Delevingne, Ashley Tisdale, Naomi Campbell dan Heidi Klum.

Namun begitu, pewaris empayar hotel Hilton ini tidak memaklumkan butiran lanjut mengenai bayinya.

Baca juga Miliki harta lebih RM3 bilion, Shah Rukh Khan pelakon keempat terkaya dunia

Kredit foto: Instagram
parishilton

“Sudah menjadi impian saya untuk menjadi seorang ibu. Saya amat gembira Carter dan saya bertemu. Kami sangat teruja untuk memulakan keluarga bersama dan hati seperti mahu meletup penuh dengan cinta untuk bayi lelaki kami,” katanya kepada majalah People.

Memetik majalah People, anak pertama pasangan itu adalah menerusi kaedah ibu tumpang (surrogate mother).

Hilton pernah berkongsi dalam Pdcast The Trend Reporter With Mara pada Januari 2021 bahawa dia bersedia melakukan ujian In Vitro Ferilization (IVF) (bayi tabung uji).

Iklan

Baca juga Wow! Michelle Yeoh menang trofi Pelakon Wanita Terbaik Golden Globe

Bayi lelaki tersebut merupakan anak pertama Hilton, manakala Reum memiliki seorang anak perempuan berusia 10 tahun menerusi perkahwinan dengan bintang realiti Laura Bellizzi sebelum ini.

Paris Hilton mendirikan rumah tanga di usia 40 tahun bersama Carter Reum dalam satu majlis yang diadakan di Estet peribadi miliknya di Bel Air, California, Amerika Syarikat pada 11 November 2021.

Iklan

TAHNIAH!!!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.