Gerenti tak masam, kek belimbing buluh wanita ini bikin ketagih nak makan selalu. Buatnya pun senang sangat

Iklan
IMAGE (61)

SAMBAL belacan, asam pedas, sambal hitam atau masak lemak cili padi akan lebih 'menyengat' kalau buah belimbing ditumbuk kasar dan dicampur bersama.

Rasa pedas dan masamnya akan memberi keseimbangan pada setiap sajian itu. Ah! Memang sedap.

Iklan
Iklan

Bagaimana pula kalau buah yang sering ditanam di kampung-kampung itu dibuat sebiji kek yang enak?

Iklan

Ia memang tidak mustahil kerana anak jati dari negeri Cik Siti Wan Kembang, Rohani Ismail telah bereksperimentasi menghasilkan pastri itu dengan mencampurkan belimbing dengan sukatan yang ideal.

Akui Rohani, resipi asal bukanlah hasil ideanya. Namun, beliau mengambil pendekatan mengolah kembali pencuci mulut itu mengikut cita rasa dan kehendak sendiri yang dirasakan sesuai.

Iklan

Beberapa tahun lalu, saya terjumpa resipi tersebut di laman YouTube dan terpanggil untuk mencubanya. Kebetulan ketika itu musim belimbing buluh dan di rumah adik memang ada pokok tersebut, jadi semangat nak buat kek semakin berkobar-kobar, ujarnya.

Menurut wanita berusia 56 tahun itu, kaedah penyediaan hidangan berkenaan tidak terlalu sukar untuk dibuat, namun dengan syarat kena patuh dengan sukatan yang dicadangkan.

Baca juga: Sedapnya hirup panas-panas! Resipi sup dumpling, mi wantan kicap sebiji macam restoran Cina Muslim

 

Bagi memudahkan dirinya dan orang di sekeliling, beliau menggunakan ukuran cawan untuk 'hero utamanya' iaitu belimbing. Lagi mudah, cara memasak Rohani tidak memerlukan mesin pengadun kek.

"Kali pertama membuatnya, saya masukkan satu cawan buah belimbing buluh muda.

"Melihat hasil kek yang langsung tidak masam, saya menambah kuantiti buah tersebut kepada dua cawan untuk percubaan seterusnya. Ternyata juadah itu menjadi lebih enak dan kena dengan tekak saya," katanya.

Bagi membangkitkan lebih rasa belimbing, beliau telah menambah satu lagi sukatan cawan.

Pun demikian, percubaan tersebut dilihat kurang menjadi lantaran kuantiti buah yang terlalu banyak telah menyebabkan rasa kek berkenaan 'sedikit aneh' dan kurang lazat.

Baca juga: Kreatifnya ‘abang polis’ cipta resipi Cream Puff Cendol. Sebiji macam rasa cendol asli

Mengulas lanjut, beritahu Rohani, belimbing buluh yang digunakan tidak perlu direbus seperti yang difikirkan ramai pihak. Setelah dibersihkan, kisar sahaja bersama telur, gula dan minyak.

"Kemudian masukkan sedikit pewarna hijau untuk menyerlahkan warna kek," katanya sambil memberitahu resepi asal juadah itu tidak menggunakan sebarang pewarna tambahan.

Apabila adunan sudah dikisar, tepung gandum yang telah diayak terlebih dahulu bersama soda bikarbonat dikacau sebati.

"Pilih loyang yang sesuai dan boleh terus dibakar di dalam ketuhar gelombang mikro selama lebih kurang 50 minit atau sehingga kek masak, katanya.

Baca juga: Sedapnya! Mudah jer resipi bubur ayam guna nasi lebihan, ini sukatan untuk 1 termos besar. Jimat & tak membazir

Baca juga: Lebih 2,000 likes, resipi nasi ayam claypot Cina perkongsian wanita mualaf, terjamin bersih & halal

Pesan Rohani, resipi yang dikongsikan dengan SinarPlus itu tidak perlu diragukan.

"Jangan teragak-agak akan kemenjadiannya kerana bahan dan cara penyediaannya, insya-ALLAH saya jamin tiada masalah," tutur beliau.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang