BUBUR ayam Mekdah, itu nama resipi bubur yang dikongsi pengguna Facebook Nurul Afidah Omar. Disediakan daripada nasi lebihan sebanyak satu termos besar, berikut adalah resipinya.

Enak disantap panas-panas, nampak menyelerakan dan sedap, di bawah adalah senarai bahan-bahan yang diperlukan:

BUBUR AYAM

Bahan-bahan
1 termos besar lebihan nasi kenduri –
Air secukupnya (pastikan nasi tenggelam dan lebihan sejengkal,tambah ikut keadaan)
10 batang lobak merah (dipotong kecil atau diparut)
10 ketul kiub ayam
Garam secukup rasa
Daun sup
Cili besar merah
Bawang goreng
Lebihan ayam goreng kenduri (disiat)
10 ulas bawang putih (hiris halus)
7 ulas bawang merah (hiris halus)
Halia sebesar ibu jari (hiris halus)

Baca juga: Pasti licin satu periuk, resipi bubur kacang hijau durian yang pasti buka selera

Baca juga: ‘Teliti’ petua masak bubur sanggupal agar tidak melekit, liat

Cara penyediaan

1. Reneh nasi dan air sehingga nasi kembang.

2. Masukkan kiub ayam, garam, ayam yang sudah dicarik, bawang dan halia.

3. Selepas dua jam tutup api dan biarkan bubur di dalam periuk yang bertutup seketika.

4. Apabila sudah suam-suam, hidupkan semula api dapur dan sambung merebusnya.

5. Masukkan batang daun sup yang dihiris halus dan lobak merah.

6. Selepas sejam, bolehlah tutup api.

7. Sendukkan ke dalam bekas, tabur daun sup , cili besar dan bawang goreng. Siap untuk dimakan.

Iklan

Baca juga:  Petua naikkan selera makan anak, wanita kongsi cara orang Cina guna ’emas’ hempedal ayam

TIP:

1-Sepanjang memasak, anda perlu sentiasa merasa bubur. Jika tidak cukup masin, tambah garam atau kiub ayam, sesuaikan dengan selera masing-masing.

2-Semasa mereneh bubur, pastikan periuk ditutup dengan penutupnya.

Selamat mencuba!

Iklan

Baca juga: Resipi bubur candil keledek, rupa cantik rasa pun sedap

Sumber: Facebook Nurul Afidah Omar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!