Tip sotong kekal pejal & tak berair, sebelum masak kena ramas dengan garam sampai berbuih

Iklan
Untitled design - 2023-09-29T084607.895

Tip sotong kekal pejal & tak berair, sebelum masak kena ramas dengan garam sampai berbuih

MUNGKIN ada antara kita yang biasa mempraktikkan cara merebus sotong sebelum memasak apa jenis resipi pun.

Iklan
Iklan

Itu bagi memastikan isinya kekal pejal dan tidak berair bila dimasukkan ke kuali.

Rupa-rupanya ada cara lain yang lebih mudah tanpa perlu rebus. Hanya guna garam sahaja. Menarik bunyinya, kan!

Iklan

Baca ni Cara pilih sotong segar ramai tak tahu, tip nombor 2 paling penting hadam

Iklan

Petua ringkas itu SinarPlus peroleh melalui perkongsian Noris Nora dalam page Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Malah beliau terlebih dahulu mencuba dan mempraktikkan tip yang diperoleh selepas menonton satu dokumentari di kaca TV. Ternyata ia menjadi.

"Sekadar perkongsian, cara saya cuci sotong. Dahulu saya pernah tengok dokumentari nelayan Korea. Mereka mencuci sotong kurita dengan cara tersebut.

"Lalu saya mencuba dan hasilnya sotong menjadi pejal dan tidak berair apabila dimasak. Justeru, tidak perlu lagi rebus sebelum nak masak. Mungkin sahabat-sahabat MAHN boleh cuba untuk memudahkan cara nak masak sotong," ujar beliau menerusi kapsyennya.

Baca lagi Senangnya buat sotong masak ala Thai, ringkas, menggoda

 

CUCI GUNA GARAM

Berikut cara mencuci sotong menggunakan garam:

1. Potong sotong ikut saiz yang dikehendaki.

2. Taburkan garam kasar dalam satu atau dua sudu ke dalam bekas berisi sotong (boleh juga guna garam halus tapi lebih baik garam kasar).

3. Gaul dan ramas sotong bersama garam kasar.

4. Ramas sehingga keluar buih seperti sabun dalam tempoh lima minit atau sampai rasa sotong sudah pejal.

5. Setelah semua buih keluar dan sotong rasa pejal, basuh bersih sehingga hilang air buih air garam tersebut. Insya-ALLAH sotong tak masin jika basuh bersih.

6. Kemudian, toskan sotong dan boleh masak seperti biasa. Insya-ALLAH sotong tidak akan keluar banyak air dan isinya lebih pejal walaupun setelah dimasak.

Baca lagi Rahsia sambal bilis garing sedap dan padu, rupanya kena masak begini. Barulah sambalnya pekat!

Menarik juga petua yang dikongsikan, tidak perlu nak merebus sotong terlebih dahulu.

Semoga bermanfaat buat anda yang ingin cuba tip tersebut.

Jika ada cara lain memasak sotong, boleh kongsikan komen anda.

Baca lagi Bancuh tepung ikut cara ini, barulah cucur kucai rangup di luar lembut di dalam. Resipi terpaling mudah tetapi sedap!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang