SENANGNYA untuk menyediakan menu ringkas dan menyelerakan buat santapan keluarga.

Ya, buat penggemar makanan seafood, ini resipi khas buat anda.

Rasanya yang unik dengan kenyal dan tersendiri, pasti ramai dalam kalangan kita merupakan ‘peminat’ masakan berasaskan sotong.

Cubalah sotong masak ala Thai ini, ia akan membuatkan anda seisi keluarga puas menikmati hidangannya.

Resipi yang cukup mudah dan sangat ringkas, malah masa memasaknya juga tidak lama sesuai dengan ibu muda yang sibuk.

Bahan-bahannya;

  • Sotong
  • Kacang panjang
  • Cili padi merah
  • Bwg merah dimayang
  • 1 batang serai dihiris serong
  • 4 helai daun limau purut
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sos ikan
  • Serbuk kunyit
  • Mushroom seasoning (jika ada)

Cuba juga Rahsia resipi char kuetiau sedap persis di kedai, mudah je buat

sotong

Bahan kisar;

  • 4-5 batang cili merah
  • 4-5 batang cili hijau
  • 1 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Belacan
  • Sedikit air

Cara membuatnya;

1) Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingha pecah minyak.

2) Masukkan sotong yang telah dicuci bersih. Biar sampai sotong masak.

Iklan

Cuba juga Daging masak ‘ungkep’ sedap, pembuka selera. Ibu dalam pantang pun boleh makan

3) Masukkan lada hitam, serbuk kunyit sedikit, mushroom seasoning (optional), sos ikan, gula dan garam.

4) Akhirnya, masuk cili padi, serai, daun limau purut, kacang panjang. Gaul sehingga masak. Siap

Tip;

Iklan
  • Jika suka bau daun ketumbar, boleh juga tabur sebagai hiasan.
  • Jika ingin mengekalkan saiz sotong, bolehlah rebus dahulu bersama asam keping dalam lima minit. Kemudian masak seperti biasa.

Selamat mencuba, semoga bermanfaat!

Sumber: Wan Wani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.