TERKENAL dengan tagline kosmetik mesra wuduk, produk keluaran Nurraysa Global Sdn Bhd terus melakar kejayaan tersendiri.
Terbaharu, produk tersebut menerima sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Bukan itu sahaja, jenama berkenaan turut mengumumkan edisi pembungkusan baharu selain ejaan baharu.
Sejak dilancarkan pada tahun 2015, produk di bawah jenama Nurraysa itu sehingga kini sudah terjual lebih 600,000 set, sekali gus meletakkan ia sebagai pilihan utama kaum Hawa di negara ini.
Antara produk yang menjadi perhatian adalah seperti penjagaan kulit, mekap, makanan, minuman dan penjagaan badan.
Paling mencuri tumpuan semestinya Nurraysa Hot Set yang menggabungkan Nurraysa Glowing DD Moist Cake (NGDDMC) dan Nurraysa Magic Lipstick dengan ramuan minyak organik marula.
Berpeluang menemuramah pengasasnya, Nur Aini Zolkepeli berkata, dirinya optimis dengan usaha yang digembleng pada saat ini.
"Kita juga mahu terus menaikkan permintaan dan kesedaran ramai terhadap jenama ini.
"Paling utama, kami mahu terus kebal sebagai peneraju kosmetik mesra wuduk nombor satu dan halal di seantero negara termasuk Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia.
"Kami sememangnya ingin membantu wanita untuk mendapatkan mekap yang mudah dibersihkan dan sentiasa kekal cantik setiap hari. Pada masa sama, kualiti masih terpelihara, selain memiliki kelulusan halal untuk setiap produk," ujar beliau.
BERNIAGA USIA MUDA
Menyingkap sejarah awal pembabitan Nur Aini dalam dunia bisnes, segalanya bermula pada tahun 2011 ketika usia empunya diri baru memasuki 19 tahun.
Dengan bermodalkan RM500 yang dipinjam daripada suami, beliau membeli stok rumpai laut untuk dijual di Facebook.
"Saya terpaksa berhenti belajar diploma dalam bidang nursing kerana sarat mengandung anak pertama. Waktu itu, saya mula berjinak-jinak dengan platform media sosial. Tujuan saya ketika itu adalah untuk membantu kewangan suami.
"Alhamdulillah, jualan rumpai laut sangat memberangsangkan dan mendapat permintaan yang tinggi. Namun, disebabkan permainan harga, bisnes tersebut semakin merosot," kongsinya akan permulaan pertama beliau aktif dalam bisnes.
Beliau kemudiannya membaca satu hantaran yang dimuat naik di Facebook tentang cara membuat sabun menggunakan rumpai laut.
"Dari situ terdetik dalam hati untuk mengeluarkan produk di bawah jenama sendiri. Akhirnya impian tersebut tercapai dengan kemunculan produk sulung iaitu Collagen Soap," ujar wanita berumur 31 tahun itu.
Selain Facebook, beliau turut mempromosikan produknya melalui platform e-dagang termasuk di media sosial seperti Instagram, TikTok, TV, YouTube dan sebagainya.
Malah, Nur Aini turut menggunakan khidmat selebriti terkenal seperti Zulin Aziz, Wan Sharmila, Kim Khatija, Sharifah Shahira, Adira, Eyra Hazali, Alya Iman, Zara Zya dan Diyana Halik.
Baca lagi Pernah down akibat ditipu pelanggan & tak dapat sokongan suami, Tecer Mass tak mengalah. Akhirnya…
Anak kelahiran Dungun, Terengganu itu mengakui, sejak awal kemunculan sehingga sekarang, jenama tersebut masih mengekalkan konsep mekap yang tidak tabarruj.
"Paling penting, produk ini khusus buat wanita yang mementingkan kosmetik halal yang boleh digunakan tanpa was was.
"Alhamdulillah, sehingga kini kami telah menembusi pasaran luar negara seperti Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia. InsyaAllah kami akan melebarkan sayap ke Filipina pula,"jelas beliau.
Serentak dengan itu, jenama tersebut turut melancarkan Kempen Bina Bisnes Bersama Nurraysa yang menyasarkan 135,000 usahawan yang ingin dibantu untuk dijana pendapatan.
"Sekarang kita sudah rekrut usahawan baharu dan takkan putus memastikan usaha ini terus konsisten.
"Ia didorong dengan perjuangan membantu meningkatkan ekonomi dengan menjana pendapatan sampingan walaupun sudah bekerja terutama kenaikan harga barang sekarang," katanya sebelum menutup perbualan.
Sumber gambar :Instagram nurraysahq & nurainizolkepeli
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang