Ketahui jenis-jenis beras yang bagus untuk kesesuaian kesihatan kita. Kena mula memilih dah, jangan main beli

Iklan
IMAGE (76)

SAMA seperti rakyat Korea dan Thailand, nasi merupakan makanan ruji kita.

Kalau ke pusat beli-belah atau mana-mana kedai runcit atau borong, pelbagai jenis beras dan jenama menjual pelbagai jenis beras.

Iklan
Iklan

Sama ada anda perasan atau tidak, setiap kampit beras akan dibungkus menggunakan label warna yang berbeza.

Bukan suka-suka ia pengeluar berbuat demikian. Mesti ada sebab konkrit.

Iklan

Dalam sebuah video yang dikongsikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia, Perak, seorang pegawainya menjelaskan warna di sebalik setiap pembungkusan.

Iklan

Setiap label katanya, mewakili jenis beras yang dijual.

Berikut warna dan keterangan label beras yang dikongsikan sumber tersebut:

1. Ungu: beras putih tempatan

2. Biru muda: beras putih import

3. Merah jambu: beras wangi

4. Oren: beras istimewa seperti basmati dan lain-lain

Baca juga: Air basuhan beras jangan dibuang, boleh buat toner untuk dapat kulit putih bersih macam wanita Jepun

[caption id="attachment_125781" width="600"] SUMBER Polina Tankilevitch daripada PEXELS.[/caption]

JENIS BERAS

Sementara itu, Hello Doktor menyatakan berbagai jenis beras menawarkan perisa dan nutrien yang berlainan.

Berikut dikongsikan lima jenis beras dan kandungan nutrisinya:

1. Beras putih

-Proses mengeluarkan sekam, lapisan bran dan kuman memberi kesan kepada nutrien beras putih.

-100 gram (g) beras putih mengandungi 6.3g protein.

-Tubuh memecahkan beras putih dengan cepat.

-Seseorang yang makan terlalu banyak nasi putih sebenarnya mengambil terlalu banyak karbohidrat.

[caption id="attachment_125777" width="267"] SUMBER Polina Tankilevitch daripada PEXELS.[/caption]

2. Beras perang

-Beras perang mempunyai tekstur kenyal dan memiliki rasa kekacang.

-Bijirin yang memerlukan masa memasak yang lebih lama itu memiliki nutrien lebih tinggi berbanding beras putih.

-100g beras merah mempunyai kira-kira 7.2g protein dan 3.2g serat.

-Ia juga kaya dengan magnesium, tiamina, zat besi, dan zink.

-Beras perang mempunyai indeks glisemik sederhana dan mampu memelihara perut untuk tempoh yang lebih lama berbanding dengan beras putih.

 

3. Beras hitam

-Beras hitam mempunyai rasa kekacang dan tanah yang kuat.

-Sama seperti beras perang, ia juga memerlukan masa memasak yang lebih lama.

-Setiap 100g beras hitam mengandungi 9.1g protein dan 4.7g serat.

-Mereka yang menghidap diabetes akan mendapat banyak manfaat daripada makanan tersebut kerana kandungan indeks glisemiknya yang rendah.

-Beras hitam juga menyediakan lebih banyak antioksidan berbanding buah beri.

-Selain kurang gula, bijirin tersebut juga mempunyai lebih banyak serat.

[caption id="attachment_125772" width="673"] SUMBER Suzy Hazelwood daripada PEXELS.[/caption]

4. Beras merah

-Beras merah kaya dengan antioksidan yang dipanggil antosianin dan dipercayai berkesan dalam mengurangkan keradangan dan alergi.

-Ia turut mengurangkan risiko kanser dan membantu seseorang menurunkan berat badan.

-100g beras merah mengandungi 7g protein dan 2g serat.

-Jumlah nutrien yang lebih tinggi membuatkan bijirin tersebut sesuai untuk mereka yang mempunyai migrain, tekanan darah tinggi dan masalah jantung.

-Kandungan serat yang tinggi pula membantu memperlahankan proses pencernaan, memperkuat sistem pencernaan dan memperlambat proses memecahkan karbohidrat ke dalam gula darah.

[caption id="attachment_125779" width="267"] SUMBER Polina Tankilevitch daripada PEXELS.[/caption]

5. Beras basmathi

-Ia terdiri daripada beras berwarna putih dan coklat. Biasanya yang menjadi pilihan ramai adalah berona putih.

-Ia kaya akan kandungan karbohidrat dan kalori, sama dengan jenis beras yang lain.

Baca juga: Jangan keliru fungsi 4 jenis tepung beras. Silap guna masakan tak menjadi, ini panduannya

Berikut adalah manfaat beras basmathi:

a) Menjaga kesihatan jantung: Beras ini memiliki kandungan arsenik yang lebih rendah. Arsenik adalah logam kuat yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetes dan kanser.

b) Mengawal kadar gula dalam darah: Berdasarkan info Food Chemical, beras basmati berwarna coklat memiliki indeks glikemik yang lebih rendah dibandingkan beras putih. Ini bermaksud proses pencernaan beras menjadi glukosa lebih lambat, sekali gus menjaga kadar gula darah agar tidak cepat naik.

[caption id="attachment_125780" width="600"] SUMBER George Pak daripada PEXELS.[/caption]

c) Mencegah sembelit: Jenis serat yang terkandung dalam beras basmati adalah serat yang mudah larut. Jadi, serat sememangnya membantu memecah makanan sampai lebih halus pada saluran pencernaan.

d) Mengurangkan risiko kanser: Beras basmathi mempunyai serat yang lebih tinggi yang dapat mengurangkan risiko kansker kolorektal yang menyerang usus besar dan rektum. Selenium aitu zat antioksidan pada beras basmati juga dapat mencegah terjadinya barah yang disebabkan oleh kerosakan DNA sel.

Baca juga: Beras mana yang paling sihat? Beras putih, perang, parboiled atau basmati. Ini jawapan Dr Malar

Baca juga: Harga beras naik mendadak? Ini yang perlu anda tahu

Berdasarkan informasi yang dikongsi, setiap beras mempunyai manfaat masing-masing.

Justeru, SinarPlus ingatkan apa pun jenis beras yang kita ambil, kawal jumlah porsi dan cara makanan itu diambil.

Kepada pesakit diabetes, anda disarankan menikmati beras jenis hitam. Tak salah untuk makan beras daripada jenis lain, tapi kawallah porsinya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang