"HAPPY belated birthday buat gadis yang paling istimewa, anak perempuan kesayangan saya Mila."
Ucapan terindah penuh kasih sayang, demikian titip aktres dan penerbit filem, Puan Sri Tiara Jacquelina buat permata hati sulungnya, Hani Karmila yang genap 29 tahun.
"Matahari yang tidak pernah pudar dan bulan yang tidak pernah surut.
"Anak perempuan kesayangan saya Mila, artis berbilang bidang, artis persembahan, artis reka bentuk grafik, jurusolek dan pengamal seni bela diri yang terkenal," kongsinya.
Melahirkan Hani Karmila pada 1994, penerbit dan pelakon filem Puteri Gunung Ledang itu menzahirkan momen menjadi ibu kepada gadis yang mesra dengan panggilan Mila itu adalah yang terindah.
"Melihat kamu membesar selama bertahun-tahun menjadi inspirasi. Saya melihat bagaimana kamu adalah gambaran yang sempurna tentang kecantikan, kekuatan dalaman, ketabahan dan memiliki begitu banyak bakat yang luar biasa," titip si ibu.
"Suatu hari nanti apabila lembaran hidup saya berakhir, saya tahu bahawa kamu menjadi salah satu bab yang paling indah.
"Sementara itu, saya akan menikmati melihat anda bersinar dan menikmati tahun-tahun terindah dalam hidupmu. Ini adalah masa anda untuk bersinar, ibu mencintaimu sepenuh hati," coret Tiara.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi adalah peribahasa tepat menceritakan gadis jelita ini.
Mewarisi kecantikan dan ketampanan ibu bapa, Mila aktif dalam pelbagai cabang seni termasuk seni lakonan teater dan peragaan.
Baca juga: Model kacak kini peguam, kejayaan Aniq Aqil kebanggaan bapa, Dr A. Razak Mohaideen
Tidak hanya itu, si cantik manis ini juga atlet seni mempertahankan diri jujitsu.
Hani Karmila mula menceburinya ketika melanjutkan pengajian di Australia dan pernah meraih pingat emas dalam pertandingan seni bela diri jujitsu bagi kategori 58 kilogram di Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura tahun lalu.
Kini kakak kepada Dani Effendi Norwawi itu juga kerap bertanding dalam kejohanan di Malaysia, Singapura, dan Australia dan berharap untuk bersaing dalam Kejohanan Jiu-Jitsu IBJJF Asia menjelang tahun depan.
Mila pada masa yang sama berbakat dalam pelbagai bidang, seni solekan, mengajar seni mempertahankan diri dan reka bentuk grafik.
Bapa, pelakon Jimi Asmara dan Embun, Hani Mohsin dirindui peminat. Kehilangan Allahyarham seumpama sebutir permata dalam persada seni tanah air sehingga kini tiada pengganti.
Pemergiannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada tahun 2006 kerana serangan jantung mengejutkan ramai.
Justeru, melihat Mila di laman sosial mengembalikan nostalgia dan ingatan para peminat kepada pelakon serta pengacara berkaliber itu.
Baca juga: Cantiknya anak ‘papa Megah Holding,’ Salsabil Mustapha Kamal curi tumpuan warganet
-"Cantiknya Mila, raut wajah yang salin tak tumpah Hani Mohsin. Manis senyumannya tu, tidak puas mata memandang. Selamat ulang tahun Mila."
-"She is so beautiful with classic look just like her father."
-"Happy birthday Mila. Manis senyumanmu, semoga menjadi anak solehah dan sentiasa diberi kesihatan baik."
-"Berbakat besar Mila, selamat ulang tahun kelahiran."
-"Pakej lengkap ibu dan anak, kedua-duanya super talented dan anggun."
Tiara berkahwin dengan Mohsin pada 11 September 1993 dan dikurniakan cahaya mata setahun kemudian.
Bagaimanapun, Mohsin dan Tiara berpisah pada 16 Februari 1998. Perceraian mereka disahkan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 4 Jun tahun yang sama.
Tiara kemudian berkahwin dengan bekas Menteri Pertanian Malaysia, Mohd Effendi Norwawi dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Dani Mohd Effendi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!