PROFESOR Madya Datuk Dr A. Razak Mohaideen nama yang tidak asing lagi dalam dunia seni di Malaysia.

Bermula dengan Anak Mami The Movie pecah panggung, filem buah tangannya, Jutawan Fakir, Bujang Senang, Otai, Duyung dan Sifu & Tongga antara yang pernah mencetus fenomena suatu ketika dahulu.

Lebih 26 tahun aktif dalam bidang ini, beliau yang juga dekan Fakulti Filem Teater dan Animasi menabur bakti mendidik anak bangsa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.

Baca juga: Lan Pet Pet teruja jadi pembantu peguam, 7 bulan berlatih

Pengarah dan penulis kreatif ini telah berkahwin dengan Datin Dr Nazeera Ahmed Bazari pada 1996.

Rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata, Batrisyia dan Aniq Aqil yang lahir pada tahun tahun 1997.

Dalam perkembangan terbaru, A. Razak meraikan kejayaan Aniq Aqil yang merupakan pelajar undang-undang.

Rasmi menjadi Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada 1 September, model kacak berusia 26 tahun itu sudah melepasi peringkat call to the bar.

“Alhamdullilah. Tahniah Aniq Aqil A Razak atas kejayaan melalui call to the bar. Semoga terus cemerlang dan gemilang dalam bidang guaman dan modeling. Aamiin,” titipnya yang berkongsi beberapa foto Aniq segak memakai jubah peguam.

Baca juga: ‘Maaf salah faham.’ Fathia dedah bukan peguam bertauliah tetapi kerani di firma guaman

Aniq pula menzahirkan rasa syukur dan seolah tidak percaya akhirnya berjaya membanggakan kedua ibu bapa.

“Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada 1 September 2023. Saya tidak pernah menjadi kanak-kanak bijak sepanjang membesar, tidak pernah ambil berat tentang gred akademik dan tiada idea bahawa hari ini akan tiba.

“Terima kasih kepada kesilapan lalu, saya akhirnya memperbaiki diri saya, mengajar diri untuk menjadi seorang lelaki yang membanggakan ibu bapa.

“Seseorang yang boleh mereka katakan telah melakukan sesuatu dengan cara yang betul selepas bertahun-tahun meragui dan meremehkan keupyaan diri, akhirnya saya akan ‘menjadi.’

“Saya bangga dengan diri saya kerana tabah, kerana membaca halaman tambahan itu pada jam 5 pagi untuk mengingati fakta kes dan kerana menyeret diri ke kelas walaupun saya rasa saya tidak mahu hadirinya,” jelas Aniq.

Baca juga: Bergelar ratu cantik atas pengaruh ibu, warisi legasi bapa menjadi peguam. Dua ‘gen’jadikan Olivia wanita berpengaruh

Menempuhi pelbagai cabaran, peragawan ini mengakui pernah meragui potensi diri.

“Saya juga belajar bahawa jika anda tetap merendah diri, menghormati dan berbudi bahasa dalam perjalanan menimba ilmu, maka ilmu datang meluncu seperti kapal terbang kertas.

“Kita tidak perlu mengejar, hanya perlu melipatnya berhati-hati dan membiarkan angin membawa sampai ke destinasinya.

“Saya juga telah membuktikan diri salah kerana meragui keupayaan. Saya telah melakukannya.

“Saya telah melengkapkan kitaran undang-undang dan kini akhirnya boleh meletakkan ‘peguam’ dalam biodata dan dengan rendah hati bercakap tentangnya pada setiap peluang yang ada,” titip Aniq.

Iklan

Baca juga: Wanita boleh dakwa pihak ketiga ‘perosak’ rumah tangga, ini penjelasan peguam

Dalam pada itu, Aniq juga mengucapkan terima kasih buat mereka yang berdiri teguh di belakangnya memberikan dorongan dan galakan.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Tidak hanya bijak, peguam ini juga mewarisi bakat seni si ayah.

Aniq yang banyak berkongsi video pendek memiliki lebih 236,000 pengikut di TikToknya, @ohkylo.

Kakak kepada Aniq, Batrisyia Razak juga merupakan seorang model. Menerusi perkongsian bapa, warga maya baru mengetahui pempengaruh laman sosial TikTok ini adalah anak kepada pengarah tersohor.

Iklan

Wanita berketinggian 182 sentimeter itu meneruskan darah seni bapa dalam pengarahan filem.

Batrisyia yang juga aktif TikTok dengan 470,700 follower kini sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Ethnographic and Documentary Film di University College London.

Baca juga: Bayar peguam dengan ketam segar, tak mampu bayar guna duit

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!